Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Mar 29, 2011

kayuh terus/ride on part II

Tapi kadang2 aku lagi rela ride sorang2, sebab.....
Aku terbaca di discussion board facebook critical mass kl, yg pikir dia paham pasal critical mass tapi sebenarnya tak pun ramai kat discussion tu..... awal diskusi je dah terbaca satu komen "jaga nama baik fixie". haha.
aku nak pendekkan tulisan aku, so malas aku nak ulas statement tu. tapi kritikal mass adalah perayaan untuk segala macam pengangkutan tanpa enjin..... bukan semata fixed gear. disini bukan sahaja jelas dia tak tau apa tu kritikal mass.... dia tak tau apa itu "basikal" atau kenderaan tanpa enjin. And then datang pulak lagi idea registration and permit.... macamana nak buat event fixed gear(fixed gear lagi), bayar polis and DBKL. Ada pulak lepas tu cakap kalau buat hari lain, pagi sabtu contohnya.... dah bukan critical mass......... but at the end of the discussion at least till around 1:30 pm tuesday..... ia mula nampak satu perbincangan bijak.....hampir.... semua berdiskusi di internet, maka senang untuk research di internet pasal critical mass.

pertama... ianya perayaan..... bukan group/organisasi.... critical mass ride bukan suatu demonstrasi, tapi patut di lihat sebagai perayaan dan perhimpunan yg spontan, bukan sebagai sebuah demonstrasi yg organise.... oleh sebab ia bukan demonstrasi yg terorganise dan bukan lah satu organisasi... ia tidak punya struktur, ketua, marshall. dan apa2 lagi je term2 brkonvoi yg korang cadangkan..... ia mengajar kau untuk lebih responsible.... bertanggungjawab terhadap apa yg kau buat dalam berkumpulan...ia ajar kau berkerjasama dengan berbagai orang dengan berbagai jenis basikal atau kenderaan tanpa enjin lain(not just fixed gear) dalam memastikan semua bergerak dalm keadaan selamat.... jadi ketua dalam diri sendiri di mana kau ajar diri kau respek, toleransi, independen dan tanggungjawab..... then you need no leader or marshall.
jadi dengan melihat critical mass sebagai perayaan dah menjawab banyak persoalan korang.... perayaan perlu permit? kau perlu permit nak beraya kat rumah kawan kau.... kau perlu permit nak pegi tgk bola kat stevan corner(ni juga satu bentuk perayaan)? persoalannya (kalau betul nak di persoalkan) ialah kenapa perlu permit? .....kita masih guna pakai undang2 darurat?..... kita komunis? hahaha. dengan melihat ia dengan cara ini juga menjawab bahawa tidak perlu pendaftaran/ tak perlu rakan muda.

kedua, asasnya ia untuk menunjukkan pada pengguna kenderaan yg lain bahwa pengguna seperti kita juga punya hak di atas jalanraya yg mana selama ini hak kita di ketepikan dan nak tunjuk pada mereka bahawa berbasikal(dan yg berkenaan) adalah satu kenderaan alternatif di bandar atau di mana2.... tapi itu cuma ASAS ideanya, kerana sifatnya tanpa struktur, tiada ketua apatah lagi setiausaha, takde yuran pendaftaran atau registration, buatkan critical mass wujud tanpa single goal..... setiap yg datang punya harapan dan idea yg berbeza..... dan itu buatkannya indah. tapi walau yg datang dengan idea berbeza, adalah berlawanan dengan idea asas kalau korang datang macam gangster..... macamana nak educate orang tentang budaya basikal kalau kau sepak terajang kereta dorang (kecuali kalau pemandu kereta nak pukul kau, wajib self defense)..... kalau aku perjalan kaki kat BB malam tu, aku pun benci dengan pengguna basikal sebab ada masser malam tu yg tunjuk middle finger(boston salute) kat orang2 tepi jalan tu. yang memisah kan kita dengan pengguna kenderaan berenjin ada lah kenderaan mereka..... tapi kita dan mereka/pemandu tu sama je.... macam yg aku cakap malam tu.... tak perlu nak resolve things dengan violence. ambil kejadiaan di brazil, 11 orang dihantar ke hospital.... pemandu cabut lari dan serah diri keesokan harinya. dia beri alasan bahawa pengguna basikal provoke dengan cuba pecahkan kereta dia dan berita macam ni lah yg di laporkan media di sana walau saksi dan rakaman video menyatakan sebaliknya..... poin aku adalah.... inilah perkara2 yg akan di jadikan alasan oleh mereka2 ini untuk menidakkan hak2 pengguna basikal.

berkenaan critical mass 'terpesong' kalau tukar hari lain (again, menunjukkan korang tak tau pasal idea critical mass) di KL ia pertama kali di sambut pada petang Jumaat, pukul 6 pada julai tahun 2007... pernah di sambut pada hari sabtu dan ahad petang dan juga kadang2 pagi. pernah juga sambutan berakhir dengan piknik.... dengan kata lain tapau makanan dalam beg, kayuh beramai-ramai untuk lepak di sesuatu tempat seperti yg lepas pernah ke Sungai Kemensah, Tasik Perdana dan banyak lagi.... kadang2 critical mass disambut tanpa ride beramai-ramai.... tapi berkumpul di tasik perdana(mengambil contoh event lepas) dan anjur workshop ttg penjagaan basikal/cara selamat berbasikal di bandar dan berkongsi pengalaman berbasikal masing2..... sama juga critical mass di luar... ada piknik.... ada musik dan macam2.

dan akhir sekali..... critical mass pernah di label sebagai kelompok hipster dn elitist oleh "kawan-kawan".... sampaikan aku hampir bertekak teruk ngan kawan2 aku yg lain pasal satu gambar hipster kat facebook..... do you people do understand hipster.... the origin of that term.... dan apa hipster tu dalam konteks sekarang.... walau aku tak kisah di label hipster.... dan aku tak kisah korang hipster.... biarla yg berotak.....yg boleh paham dan adapt idea berbasikal beramai2 dan pada masa yg sama bertanggungjawab.
so, tak kisah la korang bawak fixed gear, city bike, folding, road bike, bmx, mtb atau basikal bangla(ini satu term racist dan bodoh).... you never ride alone..... kalau korang pernah baca tulisan ni part one..... korang tau2 je la soundtrack untuk penulisan ini... kayuh terus!

Jun 18, 2010

Lost Found and Sold

Basikal (gan nama manja di panggil cantek) ni dahulunya di report pernah hilang di pandan . Tak lama kemudian, selang dua hari , atas usaha keras orang kampong dan rela menjejak kemana geresan tayar basikal ini di kayuh sehingga menemukan si cantek ini semula. Prop (bukan samaran beliau) mula becerita bagaimana kejadian ini berlaku.

Jun 12, 2010

salam satu basikal


Cincai..malas nak mengerak kan tetikus untuk melakar risalah di komputer riba,nak menaip memikir ayat pun benci. Ni semua di sebab kan aku terlalu leka melayari laman lucah. So, judul kali ni tak banyak beza. Seperti sedia maklum, kayuhan beramai ramai di sambut lagi.

Jun 7, 2010

Tanpa Tajuk.....(ni kira tajuk la ni...sengal)

Acara berbasikal beramai-ramai yg terakhir boleh kata masa ride of silence yg lepas.... katanya hampir 200+ orang..., berbagai jenis basikal, idealogi dan harapan muncul tah dari mana2. tapi aku bukan lah orang yg sesuai untuk menulis ttg acara tersebut kerana aku takde masa tu kerana kerja dan mereka yg ada masa acara tu, takde pulak nak menulis ttgnya. aku sgt berharap ramai akan menghantar email mereka kepada aku so aku boleh invite mereka untuk menulis di sini, so harapnya blog ni boleh jadi lebih meriah dengan pelbagai isi kandungan, pelbagai corak penulisan....dan dah tentu akan jadi lebih UPDATE

Apr 1, 2010

cintasikal ♥

Hey dude!
Apa Bikin?
Esok aku nak tengok Alice..
Kalau kau tak busy teman kan aku.
(via facebook for Iphone)

Mar 31, 2010

Kayuhan senyap 2010 - siri kedua

Ride of Silence adalah satu hari berbasikal memperingati mereka yg samaada mati atau terlibat dalam kemalangan semasa berbasikal di jalanraya. Setiap penunggang basikal berbaju putih dengan helmet akan menunggang basikal masing2 dengan mengikat kain hitam di lengan; solidariti terhadap penunggang basikal yg lain dan memakai kain pengikat merah bagi yg pernah jatuh/kemalangan.

Mar 30, 2010

kayuh terus/ride on

ada "orang tu" cakap,"you better off just writing on the building wall, biarkan budak2 geek menulis kat dinding virtual ni" - bukan aku yg cakap... but still here it goes.....

Mar 28, 2010

Bukan satu kemenangan, Ini satu Permulaan.

Ber date kan 26 bulan tiga, ribuan longgokkan basikal di himpun bersama. kali ni kami lebih ramai lebih banyak dari hari-hari
atau bulan upacara sebelum nya. Dan hari sebelum kayuhan massa di lakukan, beberapa risalah dan kepingan poster telah di tempel,
di sebarkan. Bahkan di internet, di jalanan, di dinding komplex juga di sebarkan.

Dec 28, 2009

Fairytale of Dreamland

Somewhere lurking in far away land, there was an extraordinary hill. It was hidden between the borders of two states. From three different towns, six pairs of wheels carried the three grrrls. They were on a mission to leave the city of rocks and steel to explore the green cushion of nature. Strapped onto their saddles and pedals, they were determined to ride with the wind and climb the magical hill.

Nov 15, 2009

hell o win







helloween ride dan acara berbasikal bulanan critical mass.
30 hb oktober yg lepas, bersempena ride bulanan critical mass seluruh dunia yg jatuh pada hari hallowen, komuniti berbasikal kuala lumpur disertai oleh komuniti dari melaka, shah alam dan beberapa tempat lain, merayakan hari itu dgn berbasikal beramai-ramai....dengan kostum masing2.. pelbagai rupa, mood serta gaya. Tak mungkin ada orang KL terlepas pandang pada kami malam tu, malah tanpa topeng dan kostum sekalipun, sudah terserlah aura hantu masing2, apatah lagi pada malam itu. Bermula di Central Market, lokasi bersejarah di mana sambutan kritikal mass buat pertama kali di sambut di Kuala Lumpur pada 2007..... pada tahun itu seramai genap 20 orang keluar berbasikal menyambut hari itu, kali ini....... lebih 50 orang berbasikal, menjadikan ia jumlah teramai setakat ini yg menyambutnya di Kuala Lumpur.

Oct 23, 2009

trip neraka ke port dickson.






pukimak!!memang pecah gile babi jalan dalam/lame kl ke port dickson!!!so sempena cuti diwali tuh gua dah plan nak ke pd berbasikal.ade gak surf surf blog orang nak cari tips tips kesana.tapi gua banyak jumpe pasal yg racing beskal nye la.dan ade blog bercerita tentang berbasikal ke port dickson dari salak tinggi sepang.so gua pun buat planning route routes yg gua nak amik dari google maps dan juga berbekalkan cerita ke pd dari salak tinggi tuh.setelah plan beberapa hari sebelum nak gerak gua diecide gua amik route yg akan tembus ke salak tinggi dari kl tuh.jalan ni jalan lame ke port dickson dan bole juga pegi seremban,dan jalan ni melalui kuala lumpur>bandar tun razak cheras>sg besi/pekan sg besi-tembus di serdang>kajang/sg merab>salak tinggi>sepang/pekan sepang>tanah merah>lukut dan sampai ke port dickson.Tujuan gua amik jalan lame nieh pasal risau highway beskal tak bole masuk dan mengenangkan kawan kawan cakap highway ke seremban bukit die macam bangsat/celaka brutal so gua budget jalan lame/dalam memang cocok untuk orang orang macam gua yg dalam idup,sukan kedua paling favouritenye adalah melancap!tapi macam selalu...lu budget orang ni suka kat lu,tapi sebenarnye die cakap kawan aje.......
so barang barang semua dah siap atur(bole tahanla organizenye)helmet dah pinjam,spannar dah pinjam,tiub dah beli beskal dah check dan gua gerak pukul 7 pagi sabtu.sebenarnya hajat nak gerak time pukul 3 pagi sabtu untuk layan ride malam tapi terlajak tido,alarm handphone tak seannoyying macam pagi pagi hari kerja biasa.adoi!kote!gua macam dah terbayang-bayangkan keazaban yg bakal gua lalui dibawah matahari terik disepanjang jalan jalan tuh nanti.makan pagi lebih kurang kat anandur gua pun mulakan perjalanan.yg kelakonye time gua nak gerak tuh gua dengar sayup sayup "..kujejak jalan yang berliku,membawa jiwaku memburu impian...."so gua suppres semangat rempit yg terpendam sedia ada dalam sanubari gua nieh dan mengingatkan diri gua,beskal lagi mesra alam dan punkrock!dan menuju kedestinasi pertama bandar tun razak cheras.google maps dah siap print dan ikut map gua kena ikut jalan lok yew untuk kebandar tun razak cheras dan terus tuju ke highway sg besi/pekan sg besi.dalam perjalanan kesana gua jumpe highway tapi gua tak tau highway ape sebab gua tak hebat sangat jalan jalan didalam lembah kelang nieh walaupun gua keje despatch.tak ade ape yang menarik dan macam biasa kl penuh ngan keta,keta,keta.ikut jalan sg besi dan singgah pekan sg besi jap minum air.pekannye kecik je dan berdekatan dengan stesen lrtnye.gua perasan highway yang gua ikut nieh gua tembus mines dan sedar gua dah sampai serdang pasal gua jumpa stesen train komuter serdang dan dari sana harus menuju ke kajang.time nieh gua dah mula perasan mungkin routes yang gua cari dari google maps ni macam gua dah salah percaturan jek untuk memilih jalan.tapi dalam hati mampos la!,kate nak tengok tempat orang!tapi positif mental outlook ni nanti akan nyaris nyaris kecundang bile gua lalu jalan jalan dari sepang ke tanah merah seterusnye ke pd nanti.....jalan dari serdang ke kajang memang ikut jalan dalam,jumpa kampong yang dah lupa gua namenye disepanjang jalan ayer itam untuk menuju ke kampong sungai merab/jalan sungai merab.dan kat kampong sg merab nieh la gua sesat!cibai!pasal google maps tunjuk gua kena guna jalan utama 1 untuk masok ke jalan B48 yg menuju salak tinggi sepang.bila gua kuar jalan sg merab nieh gua jumpe jalan utama aje,bukan jalan utama 1.time nieh pukul 12 lebey dan panas memang terik gile dan gua diecide untuk rehat 1/2 jam kat jalan utama ni dibawah pondok tunggu bas.so time rehat nieh gua fikir mungkin jalan utama 1 ni kat depan lagi.jalan utama ni berbukit bukit tipikal jalan jalan lame so kena la gua turun naik bukit nieh carik sungai semenyih pasal dalam google maps print gua menunjukkan kena seberang sungai ni untuk menuju jalan B48.cari cari dalam panas terik turun naik bukit yg memang celaka/bangsat brutal mula makan semangat gua.abiskan dalam 1 hour time diatas jalan nieh saje!!!gua berenti tanyakan direction dari bro kedai runcit dan die kata bahya jalan lame nieh banyak cabang baik pakai highway lagi senang straight aje.dalam hati betul jugak,tapi jalan nieh macam dah dekat untuk ke pekan sepang dan takkan gua kena patah balik untuk ke highway terdekat!!time ni gua dah pecah gile babi diambang keletihan tahap halusinasi hilang pertimbangan so gua budjet patah belakang balik aje cari highway.tapi on da way patah belakang gua jumpa kedai goreng pisang dan terfikir apa salahnye tanya jalan lastcall.dan memang akhirnye brader nieh tunjuk route yg betul untuk ke jalan B48.rupanye jalan ni akan jumpe sekolah teknik dan menuju ke jalan kajang dengkil yg bole masok route B48 ni.dalam print google map gua estimation jalan ni adalah 5 jam berjalan kaki untuk ke pekan salak tinggi sepang,fuck sial!!matahari terpacak tinggi straight atas kepala gua dan adoi ibu Gaia kenapa time ni tak redup lak!!!!jalan ni ok kurang bukit cuma panas terik buat gua keletihan amat dan start sini gua pakai gear paling kecik skali dah tak larat nak pedal laju.jalan ni melalui kampong kampong kecil dan skali skale jumpa ladang kelapa sawit.singgah di salak tinggi makan nasi padang paling awesome dan sampai di simpang enstek sepang.ermmm dah dekat ni gua pujuk hati kecut gua tapi bile gua tengok batu km tertulis port dickson ade 24 km lagi!gua rasa nak meraung dan teringat kat helmet sgv trendy kuning gua kat rumah!!route 5 ni akan melalui tanah merah yg banyak ladang kelapa sawit.gua teringat dengan clip video yg gua tonton tentang ladang kelapa sawit yg dah mengancam penghuni hutan macam orang utan dan sesetengah orang asal yang masih bergantung carik rezeki dari hutan hutan ni.ladang ladang ni pon masok tanah tanah pusaka orang orang asal ni.dan akan ade joint venture antara malaysia dan indonesia untuk ladang kelapa sawit terbesar dalam dunia.yang ironisnye dieropa ade bandar yg pakai biofuel untuk jana pekan mereka tapi tanpa mereka sedar kat sini ladang kelapa sawit tuh yang membunuh kehidupan utan utan tuh sendiri.
seingat gua jam dalan pukul 5 lebey tapi panas masih lagi terik dan gile babi gua rasa jalan nieh yang paling brutal celaka bangsat skali.bukitnye tak tinggi tapi banyak!kat sini gua dah pecah gile babi dan rasa macam nak bentang aje khemah tepi jalan,tido esok balik kl!!!tapi tinggal 15-16 kilo je bai!takkan nak giveup!!!bile hari semakin gelap gua makin lega dan akhirnye gua keluar jugak dari neraka tanah merah ni menuju lukut dan port dickson.gua rasa gua sampai pekan lukut dalam pukul 8 malam dan dari sana ade 4-5 kilo aje ke pantai pantai peranginan port dickson.jalan dari lukut ke pd agak sempoi,tapi mungkin juga semangat gua dah berkobar balik so pedal pon sempoi tara hal.melihat lampu lampu di pekan lukut ni buat gua rasa lega,tah mungkin dah biasa ride kat kl cahaya terang benderang dan hiruk pikuk membuat gua rasa selamat plak.dan bile gua jumpa pantai pertama bagan pinang,campak beskal tepi pantai terus terjun kena air laut dan ter duduk kat atas pantai.gua sampai pukul 8.45-50,12 jam lebey!pas mandi makan dan rehat rehat layan pantai.bayank gak orang kat sini mungkin pasal cuti diwali.ade 2 -3 camp pasang dan ramai yg layan barbeque tepi pantai.
tido dalam camp malam tuh tidak selancar yg gua sangka pasal malam tuh ujan lebat dan gua terpaksa pindah lepak bawah pondok kat tepi pantai tunggu ujan berenti dan tido dalam khemah yg basah.esoknye aktiviti berriadah bertourist touristsan dan jumpa yati untuk die bawak gua ke pantai tanjung tuan.sebenarnya kat pd ade pantai pantai yg best dan tak ramai orang pegi.port yg yati bawak ni kena masok melalui hutan simpan tanjung tuan dan ade sedikit trekking ke dalam hutan untuk sampai ke gigi pantai.jumpa satu perigi dalam hutan ni dan yati kata perigi ni perigi dah lama zaman zaman sultan sultan dulu dah ade.awesome gak trekkingnye dan bagi gua agak unik pasal gua tak ade pengalaman sambil dengar bunyi ombak layan pantai dan sekaligus dengar riuh hutan kat tepi pantai.bayank cite gua dengar tanjung tuan ni mistikal dan keras dan cakap yati kat sini pon port port orang bermeditasi mendalami rohaniah dan spiritual.ade rumah usang roboh disitu dan katanye ade kubur kat bawah runtuhan runtuhan kayu rumah tuh.tapi gua selak selak tak nampak lak.cuma gua terbayangkan mungkin ni dulu port orang yg dah bosan ngan masyarakat dan tinggal jauh pon lebih baik untuk die.isolasi kadang kadang bole menjana sesuatu yg kreatif dan unik.lebih baik hidup cara kamu dari berkompromi tak berhabisan.tapi time tuh air surut so tak bole mandi.layan jalan jalan dan snap snap photo aje.
petang lebey kurang balik ke campsite gua untuk gua mandi dan tido dan bersiap untuk ke rumah yati pasal die kate dia dan adiknye nak tumpang gua balik ke kl!malam sebelum ke rumah yati gua singgah pekan port dickson jalan jalan dan makan.kat sini bike comuting agak kurang lak.jarang gua terserempak ngan worker worker berbasikal macam di kl.cuti mungkin cuma time lepak kat lukut minum air gua ternampak sorang uncle ni bawak beskal berbodykan klunker!awesome!!!!balik kl naik keta!pecah beb lagipon isnin gua kena keje dol!!!apa yg gua belajar dalam trip ni jangan gerakl time tengah ari,pecah nanti lu!dan mungkin gua pecah sangat pasal gua tak training untuk trip jauh ni dan gua gagal dalam navigasi pon pasal google maps yg gua setting untuk cari jalan gua pilih yg kurang bijak.gua perasan ade jalan jalan yg lain dari map ni.baik research awal awal,tapi all in all pengalaman yg best!inspirasi bagi trip ni,trailer movie where the wild things are,catharsis(desert without mirage),kenny arkana,arcade fire(wake up)

Oct 11, 2009

Mom, I did it again.


(Sekadar Gambar Hiasan)

Mom, I did it again

When I first confessed the sin of riding a bike in this jagged city to my mom, she was just shocked.

Yes, I grew up in a small town, down there on the southern part of this peninsula, and I still remember my sister brought me my first bike, when I was about 9 years old as a gift for my good result in my class. It was a cheap BMX bike with a Kuwahara handle bar given by my childhood friend.

I grew up, by paddling around my mom’s neighborhood, and sometimes when it’s time for me to do some groceries, I’d happily ride my bike, and bring back all those stuff which should be pretty much heavy, for me at that age.

I remember hanging those big plastic bags on the handle bar and I remember hanging those 5 kilos of rice right over there.

Then, as the times pass by, I am not riding anymore. I’d rather walking or, sometimes I’d be glad to get a bus ride to go out of that village. I gave my bike to my sister’s son as it’s no longer under the good preservation, and I am no longer using it as much as I used to.

For the next few years, I am cycling again, and that was when I am starting to know all these punk rock shits. It is not that I am cycling against the petrol price’s hiking cause for most of the times, I don’t really care about that shits. There are plenty of our activities that need me to have a bike again. So, I am paddling again, fighting against that heat from our mother son, and for most of the times, those crazy dick sucker dogs. Those dog who thought that they are macho enough to chase us cluelessly.

For the next few years, I am still keep on paddling for most of the times- during those splendid sober days, to those drunkard nights I ever remember. I am still remembering taking all those synthetic drugs and paddling back home.

And when I finished my school, and started to work in a few places around town, I am still riding my bike. It was just a cheap second hand mountain bike, and I do love it.

That was years before, and when I moved into this city, far away from my mom’s place, I am not having any interest to do it again. For me, I’d be in real crazy if I ever thought to do that kind of shit here, I mean cycling. Yet, something had just being good enough to encourage me to do it again, anyway.

And about my mom, she’s quite shock when she knew that her last son, who had- unluckily found himself as a homosexual, riding a bike to go to work. My mom was quite shocked when she knew that her last and final sluggish son, sweating himself like a pig- does really cycles when there are still any other undemanding options.

Mom says, it’s good for me to do some exercise, anyway. But, I am just explained to her that all these cycling shits have nothing to do with my health. I am just doing it for nothing good. I just want to lose all these beer-belly so that I could wear all my favorite pants again. And I could wear all those punk rock shirts without having any fear about size.

Mom, I do drugs sometimes and it would be a total ashamed for me to admit that I used to puke like a fucker for having too much drink at one point.

But, my mom she’s never knew that at all, I guess.

Mom, it was created not only for sport and exercise…” I told her.

That such kind of thinking sometimes annoys me. Sometimes I do felt infuriating when people starting to talk about healthy with me. Look at me; I’d be the first one to volunteer myself if there’s a beer tester kind of thing. I rather get drunk than sitting in front of that tube and screaming all loud to those expensive ball games.

I don’t care about sports, and my mom knew it. When I was about 13 or 14, I don’t have any Manchester United VCR or shits. Instead, I watched that Nirvana’s Live in Roma VCR over and over again.

But my mom seems to be in a state that believing in commuting by bike in this vicious city is really bullshit. And I can smell her worries thru the conversations we had. So, I’ve just says things that’d make her feel better cause I just want her to think about anything bad or something. I knew that in this modern day of this country, people seem to love to move faster than any other else. It is indeed a huge competition.

So, for me it is not that confusing for me to hear my mom’s confusion. It is not easy to accept her last son is not that normal as everyone else. It is not that easy, indeed.

In the other end, she’s asked me once again and I can strongly smell her hesitation;

“Are you sure?”

Ke garisan penamat

sambungan dari episod lepas

We all di gempar kan gan berita bahawa perlawanan Liverpool menentang Chealsea akan disiarkan ke udara secara live pada oktober 4. Pasti teruja melihat satu lagi kemenangan dan ledak kan gol dari si Torres atau tandukan hebat dari si Gerarrd.

bisik bibir halus

" NA NAR NA NAR NA NAR NA NAR, His armband proved he was a red TORRES TORRES, You'll never walk alone it said TORRES TORRES, We bought the lad
from sunny Spain He gets the ball He scores again FERNANDO TORRES liverpool's number nine "

So we all terlalu memikirkan akan apa kah strategi Benitez untuk perlawanan nanti. Apa formasi yang akan dilakukan? 4-4-2? 4-3-3? ntah la, rumit bila akan menentang pasukan gergasi. Si biru pasti mahu kan kemenangan gak, takkan di biar kan gawang nya bolos begitu saja. Pernah gak terlintas di minda apa akan jadi kalau we all yang bermain di padang Anfield.
Pasti ramai yang menyalak tanpa henti.

" Woof...oofffffff...wooffff....woooooooofff....., You'll never ride alone it said WILD DOG, we bought the fellow from sunny hell We gets the bike We ride again WILD DOG number zero..auffffffffffff "

" Woi !!!!!! "
" Apa hal? "
" Dah, jom bangun. Panas giler kut kat bawah jambatan ni "
" laju betul keta kancil tu, berdesup "





So lupakan liverpool, lupakan si Torres, lupakan si Gerarrd and makcik necal nelen. Hanya Diskonto yang menjadi harapan we all untuk menerajui pasukan KFC ( Kelantan Football Club ). We all terpaksa terima hakikat yang roda basikal we all harus terus berputar. Melake oo melake. Panas tak mengenali waktu,mencumburi kayuhan we all. We all yang pada awal nye dengan penampilan kemas, sentuhan rambut-rambut ter urus, kini menjadi semakin semak, selekeh, muka berminyak, telo jadi kedut....Pecahhhh beb.

Hanfon berbunyi, terpapar nama Shahir (si pemanggil ) di skrin sentuh blackberry kepunyaan Salleh. Shahir menunggu di Malim. Terdetik di minda akan bayangan tegukan air sirap orang kawin,mandian air kolah takpun air shower yang akan membasahi tubuh-tubuh sasa we all.. aaaaaahhhh. seretan sabun dari bahu menuruni ke peha. aaaaahhhhhh... melega kan.im coming bebeh.



So we all bertemu la gan si Shahir ni di tempat menunggu bas kawasan Malim, salaman high five diberi, pelukan tak di layan, tak berapa banyak sesi temubual kerna we all sangat kepenatan.
Tapi we all cool tak tunjuk penat depan org, Stail we all nampak hebat. and we all di jemput berehat di tempat kediaman nya. Kediaman nya 5 minit kayuhan tak jauh dari tempat we all berkumpul.
Setiba nya di kediaman Shahrir (waktu mase tuh menunjukkan jarum besar kat no 5) yang luas sempurna dengan kolam mandi 7 kaki kedalaman and kaler nye jernih berwarna biru pasir,
we all mandi sepuas nye ada rakan yang lain perkena cendol and lepas tu

...................zz........................z.......................Zzz Zzz ZZz

We all padam gan auto nye and tak tau la bila mase we all ter tido. We all sedar lebih atau kurang tepat jam 10malam. Terasa badan we all sengal-sengal, tulang seperti dah rapuh, mate seperti ada pemberat. Perut we all plak memberontak kelaparan, itu mungkin sebabnya we all terjage. Bangkit dari tempat tido terkejut melihat anjeng anjeng yang lain tak ubah dek macam bangkai, yang bertempiaran.
Betul betul punya anjeng!

Tapi we all di kejutkan gan hidangan yang sudah sedia ada di ruang meja makan. Pelbagai masakan di hidang kan. Ada mihun goreng, kuehtiaw goreng ,asam pedas kegemaran Jebat pun ada and beberapa
hidangan air panas sejuk nes o dan milo tersedia di atas meja.

" sapa masak beb? "
" bukan main cantek lagi, tak payah kuar kan duit pun "
" mana nak cari rokok surya beb? "
" kuah dal cau tak ? "



Untuk hari pertama we all ter ' la ' sangat penat. Siri kayuhan untuk hari pertama di Melake tak banyak mencipta lagenda. We all berjumpa gan temansikal dari Melake, membuat kayuh perlahan menuju
ke bandar dan ke kedai makan. Kayuhan yang sangat jauh untuk ke tempat makan, di saji lagi gan bukit-bukit. Ternyata we all amat keletihan pada ari pertama selepas we all membuat kayuhan
selama 12 jam dan sempat berehat untuk 4 jam setibanya di sini. We all yang bermuka masam, tak bermaya, lesu sume jelas kelihatan tapi tidak bagi temansikal Melaka, mereka bertenaga, gelak tawa gurau
senda terukir. we all di tuba gan satu laluan yang tak sepatut nya we all lalu semata-mata untuk mengenakan we all untuk mendaki bukit yang berpusing semula ke jalan besar. Mayb mereka tak sedar yang
we all teramat letih hingga kayuhan malam tuh menjadi bosan buat we all. Anjeng-anjeng perlu kan rehat secukup nya. Tapi we all maintain cute, tak heran setinggi bukit itu. Malah lebih dari itu pernah we all kayuh.
( si anjeng takabur ) Then we all tiba di tempat makan, we all chit chat, smsing,live cam2cam.... but tak berlarutan panjang. We all pulang ke kediaman Shahir. ZZZzzzzzzz................

" apa siak! jauh gila kasi bawak pusing nak p kedai makan "
" beb, kasi tuang kordial sirap kat laut ni pun best "



Sabtu 3 petang. We all baru terjage secara rasmi nya. Si anjeng segar, lapar. Perlu memamah sesuatu. Keletihan hilang, tenaga berkocak berbau super saya. Kening tebal berapi, rambut tegak meninggi.
Dengan semangat waja we all mencapai bike, pedal di hentak. kali ni kayuhan berbeza. Laju di buai laju. We all di iringi dari pengayuh dari melake yang pernah mewakili skaud kebangsaan. Jackpot,
Wan racing , Shahir dan Syapik. Rata-rata nama mereka ni di sanjung tinggi and inspirasi amat besar buat pengayuh di tanahair. We all mengayuh di seluruh kota-kota bersejarah. Melihat kelipan cahaya lampu dari beca amat teruja buat we all. Rata-rata ramai pengayuh beca ini dari golongan remaja. Sempat juga we all ke Jonker Walk and Pantai Puteri sehingga lewat pagi. Beberapa formasi kayuhan telah di lakukan di sana. Seronok. Si anjeng menyalak sepanjang malam.

" Pecahhhhhhhhhhhhhhhh "
" Huh? formasi lagi? korang nak p mana oi? "



Malam ahad, we all memulakan kayuhan pulang tapi tidak terus ke Kolumpo. Menuju ke pekan Tampin ( tempat berjinak nya salah sorang si anjeng). We all semua pulang menaiki keretapi menghala
ke Kolumpo dari Tampin. Pengalaman yang akan di buku kan dalam minda setiap anjeng yang mengayuh kesana. Tak kan punah dek memori. Kekal sentiasa. Melaka oo Melaka.

" Ingat basikal setiap waktu. Pedal ku sepak, kayuhan bermula, roda berpusing....kemana jua destinasi. Tiada apa yang dapat menghalang. "

Oct 6, 2009

Formasi di Melaka

Oktober satu dua ribu sembilan -

Hari dan waktu yang memuncak bagi we all. Hari yang begitu keramat kerna we all akan memulakan satu kayuhan jarak jauh. Ke Melaka. sick beb!
Yang pasti seramai 14 anjeng ke sana. Beberapa hari sebelum nya, we all banyak membuat sesi perjumpaan bagi persediaan awal untuk kayuhan kali ini.
Apa yang ditekan kan adalah lebih kepada persiapan basikal, mental dan rehat yang puas sebelum kayuhan bermula.



Jam menunjuk kan lewat jam 9 malam, we all semua berkumpul di gudang. Semua sibuk buat pemeriksaan basikal sebelum memulakan kayuhan.
Ramai yang datang ke gudang untuk mengucapkan selamat kat we all. Jam semakin laju berputar, membuat kan we all semua semakin teruja untuk
memulakan kayuhan. Tapi hujan yang deras melimpahi bumi telah melewat kan kayuhan. Sementara menunggu hujan berhenti, Ber tin-tin bir kami habiskan.
Pagi yang gelap kini sudah terang...... Hujan yang membosan kan.

Kayuhan yang sepatut nya bermula jam 10 lewat terbawa hingga ke jam 12 pagi dek hujan yang homofobia tu. Sebelum kayuhan start, we all membuat senaman
ringan badan yang di ketuai oleh Ejump (ex true fitness). "Kiri..satu dua tiga,dua lagi." belum kayuh dah berpeluh. cett

Siap, sedia...mula! Roda mula berputar, kayuhan bermula. Ramai orang di bahu jalan memberi sorakan, melambai ke arah kami, teriak ...

"all the best" "baby,please ride me" "im pregant ur bike honey" "woof woof" bahkan salakan anjeng juga kuat memberi sokongan.



Jam 1.40, kayuhan terhenti di kajang, basikal Baou mengalami kerosakkan piring. Baou mula berang menumbuk pembahagi jalan. Baou cuba di tenangkan gan Pall mall merah.
We all mencari jalan untuk membaiki piring basikal Baou. Cubaan demi cubaan ,jam 2.50 piring Truvativ Holotech bejaya di selengara.

Pedal basikal di hentak kuat , basikal basikal yang beribu harga nya bergerak, we all terus kan kayuhan. Melalui daerah sate kajang yang makin sunyi we all memasuki ke laluan pintas Lekas. Kami tak perlu melalui daerah Semenyih dan Branang yang kiri kanan ada lah sawit. kami bebas dari sebarang serangan binatang buas dan laluan gelap.

Laluan pintas ni baru dibina terus ke Mantin. Jalan yang agak tenang tanpa sebarang kereta , jalan bercahaya dan lorong-lorong yang luas, kami kuasai jalanraya.
We all stop jap di RnR bagi merehatkan otot-otot kaki. RnR yang sepi, tiada satu gerai pun yang buka. Bekalan air tak di topup, tak mencukupi. We all terpaksa minum air kencing masing-masing bagi mengelak dari badan terus kekurangan air.

Tekad, kayuhan di sambung pada jam 3.40. Sepanjang kayuhan di laluan pintas Lekas yang tanpa sebarang kereta, we all di hiburkan oleh Jaka Bur dengan nyayian lagu
dari Bunkface...

" Musnah lah,musnah impian. Untuk mengapai bintang. Terangi hidup ku" we all sing a long tanpa henti. Terparut keriangan di wajah masing-masing.



Keluar dari laluan pintas Lekas, we all memasuki Mantin. Wajah-wajah keriangan tadi mula bertukar menjadi tempeyek. We all di saji gan satu bukit yang sama
ketinggian nya gan Everest. We all gan penuh ber stail mengayuh di bukit Mantin. Air liur meleleh gan lidah yang terjelir, peluh yang membasahi boxer, darah mengalir
dari corong-corong hidung.

"Jahanam!" "Gila!" "Pecah telo sial!"

Si anjeng ber prewel mati pula mengayuh ibarat mengangkat kain guni yang manpat berisi batu bata. " BERAT !! ". Begitu gak gan Si anjeng yang berGear. Senasib.
Tapi we all kool lagi bergaya gan tenang menolak basikal masing2.
We all bukan tak larat kayuh ke atas, cuma ingin menikmati panaroma ketinggian bukit Mantin.





Kecelakaan....tak di duga. Sedang menuruni bukit dengan kelajuan 110km/j , tayar basikal Ezat bocor. Keadaan cemas seperti menonton perlawanan Liverpool ketinggalan satu gol kosong. Ezat berjaya mengawal basikal, sempat berpaut di tebing jalan. Tiada kecederaan tapi tayar mengalami kerosakkan teruk. Tiada pilihan, we all terpaksa teruskan kayuhan terus ke Seremban. Beberapa km sahaja lagi.

Jam 6.00 pagi we all tiba kat Seremban, we all chiil kat kedai makan sambil terpaksa menunggu sehingga kedai basikal di buka. Jam 9.00 pagi baru kami jumpa kedai basikal yang dah di buka. Tayar Compe terpaksa diganti. Rim Velo city B43 sedikit gelong.
Jelas terukir kesedihan di wajah Ezat.

Lewat jam 9.00 pagi, we all teruskan lagi kayuhan melepasi daerah Seremban menuju ke daerah Rembau. Suasana kayuhan mula berubah sebab perubahan cuaca panas yang terik.
Tekak semakin kering, kulit badan terbakar, bulu hidung gugur. Kayuhan tengahari yang panas membuat mental semakin terganggu. We all mengelupuh mencari tempat untuk berteduh.

Mata semakin bengkak, tekanan semakin terase. Akhirnya we all berhenti di Kendong, Tampin. Bermaustatin di sini lebih kurang 2 jam, we all terus kan semula kayuhan melewati Simpang Ampat
menuju ke Melaka.

" Sedikit saja lagi ".

Panas..panas.. Jahanam! sepanjang pejalanan ke Melaka kami di hujani panas yang terik. Tapi yang pasti we all dah memasuki kawasan Melake.
Destinasai, bandar. Sekali lagi kecelakaan menimpa. Kali ini basikal Pidot bocor,pantas menganti tiub baru, we all terus kan semula kayuh ke destinasi.

Jam 5.00, akhirnya we all tiba di melaka. Penat dan lelah selepas membuat kayuhan lebih dari 10 jam membuatkan we all lesu, lemah batin. Destinasi yang jauh, bukit bukit yang perlu di harungi, cuaca panas hujan yang berubah ubah, tiada apa yang dapat menghalang we all untuk terus mengayuh. We di kejut kan gan berita.....
...bersambung....

Sep 27, 2009

Dari Bukit Binatang Ke Putarjaya


Di dalam sejarah dunia, pada 25 September 1926, Henry Ford mengumumkan secara rasminya bahawa jangka waktu bekerja yang rasmi, adalah 8 jam sehari dan 5 hari dalam seminggu. Dan pada tarikh yang sama juga, sejarah dunia mencatatkan 20 buah negara menandatangani International Slavery Convention dan pada tarikh yang sama juga, kerajaan Mackenzie King di Kanada, terbentuk.

Itu, sejarah dunia yang dah pun berlalu berpuluh tahun yang lepas. Lama sebelum aku lahir, dan lama sebelum mak ayah aku lahir. Aku tak peduli.

Tapi, pada tarikh 25 September 2009, setelah berpuluh tahun 1926 ditinggalkan, 12 orang penjahat sosial yang mengayuh basikal, telah mencatatkan sejarah di dalam diri masing-masing apabila mereka semua memberanikan diri untuk mengayuh di sepanjang lebuh raya berbukit dari Bukit Binatang, ke Putrajaya.

Tak ada spandex, dan tak ada jersi Le Tour de France. Tak ada dadah, tak ada alkohol.
Yang ada cumalah jiwa kosong dan lebuhraya yang kesunyian. Jadi,penjahat-penjahat sosial dan moral yang mengayuh basikal ini, membuat keputusan untuk menemankan lebuhrya sunyi ini, dengan mencalitkan segala noda yang dibawa dari Bukit Binatang.

Kayuhan bermula dari Bukit Binatang, sekitar jam sembilan malam, kalau tak salah aku. Itu pun, selepas semua penjahat ini, menyudahkan pengisian perut masing-masing. Untuk aku, tak jelas betara jauh dan nakalnya perjalanan yang bakal aku tempuhi pada masa tu. Dan, tanpa sebarang kerisauan, aku peluk erat Ceasar si Basikal dan membisikkan kata cinta kepadanya (yang mana, akhirnya Ceasar mengalah, dan katakan bahawa perjalanan jauh ini, sesungguhnya tak masuk dek akal untuk ditempuhinya).

Menempuh jalan di kota- di sekitar Bukit Binatang, sebelum kami semua masuk ke kawasan lebuh raya yang agak sunyi, dipenuhi dengan hilai tawa, dan keriangan di wajah masing-masing. Imej yang jelas di kepala masing-masing cumalah limpahan cahaya Putrajaya yang membazir itu. Tak terdetik sikit pun di dalam kepala masing-masing tentang jalan yang terpaksa kami semua tempuhi. Yang jelas, cumalah limpahan cahaya, dan gadis-gadis comel yang berkeliaran. Ataupun, lelaki-lelaki kacak, untuk penjahat homoseks yang berbasikal.

Bermula dari satu bukit, kayuhan diteruskan merentasi satu lagu bukit- turun dan naik. Di wajah kebanyakkan dari kami, masih lagi terpalit keriangan yang jelas. Masih lagi ada ruang untuk menyanyi di dalam hati, ketawa ketika mendaki bukit, dan masih lagi ada ruang untuk kami berhenti mendapatkan bantuan pernafasan dari kotak-kotak kecemasan Suriya, Winston, dan Sampoerna hijau besar.

Di keliling kami yang ada menemankan cumalah pokok-pokok kesunyian yang terpaksa menghadap kebisingan dan debu-debu kota yang menyesakkan. Dan saban hari, mereka semua (pokok-pokok dan semak itu) terpasa menghadap mesin-mesin laju yang angkuh lalu merentasi pandangan mereka. Tapi, dengan adanya kami yang mengayuh mesin yang perlahan ini, sekurangnya mereka dapat merehatkan mata dan telinga mereka dari segala apa yang dibawakan oleh mesin-mesin yang laju itu.

Jujur, entah berapa kali aku turun dari dakapan Ceasar dan aku pimpinkan tangannya meredah bukit itu dengan perlahan. Limpa aku, secara literalnya pecah entah berapa kali. Di dalam kepala aku, aku cuma salahkan alkohol. Atau mungkin, aktiviti mendadah yang selalu aku sertai. Tapi, itu semua belakang cerita. Yang perlu aku fikirkan, cumalah perjalanan yang aku perlu tempuhi untuk sampai ke kota limpahan cahaya yang membazir itu.

Seperti satu kegilaan, bukit-bukit itu seolah tak berhenti memberikan kami gambaran yang buruk dan secara langsungnya menjadikan kepala kebanyakkan dari kami memproses tanggapan-tanggapan negatif tentang segalanya. Ada yang hampir saja memebrhentikan basikal mereka di tepi jalan, dan ingin menelefon kawan-kawan mereka yang memiliki kereta, dan lupakan tentang kota limpahan cahaya yang sering diceritakan oleh kebanyakkan orang.

Ada juga yang menangis teresak-esak ketika melakukan pendakian. Jelas kelihatan beberapa susuk yang sibuk mengelap linangan air mata ketika sedang sibuk mendaki. Tapi, ada juga yang terus kental menyanyikan antem-antem kekuatan yang memberikan semangat kepada yang lain. Dan ada juga, yang sibuk melayan muzik-muzik kerasa dari iPod yang terpasang di telinga.

Bukit demi bukit kami harungi. Tapi, masih tak nampak dengan jelas kota yang diceritakan itu. Yang ada cumalah kegelapan lebuh raya dan sesekali, ada cahaya dari kenderaan berenjin yang membantu kami memeriahkan jalan raya yang sunyi itu. Entah berapa banyak bukit jahat, yang telah kami harungi. Dan entah berapa kali, ada kebanyakkan dari kami, mempersoalkan kembali tentang hal hidup mereka, setiap kali mereka ternampak bukit yang perlu mereka daki, di depan mata mereka sendiri.

Tapi, di tengah-tengah kesibukkan kebanyakkan dari kami menyesali hidup ini, masih lagi ada suaran keriangan yang datang dan cuma memberikan semangat kepada kaki kami semua untuk teruskan apa yang sedang kami usahakan.

Di dalam kepala otak kebanyakkan dari kami, terlintas imej-imej gadis-gadis anak kaki tangan kerajaan yang bersolek tebal untuk ke 7 Eleven, ataupun anak lelaki kaki tangan kerajaan yang kacak-kacak, untuk seorang pengayuh homoseks yang turut ada sama.

Mungkin, itulah motivasi untuk kebanyakkan dari kami. Dan ada sebahagian pula, yang kelihatan seolah tak punya motivasi lain selain dari mahu cepat sampai dan cepat membeli minuman sejuk yang bakal menghilangkan kesunyian tekak masing-masing. Dan, aku adalah salah seorang dari mereka.

2 botol Gatorade perisa anggur adalah sama nilainya dengan bir Skol Super satu lori pada masa tu, untuk aku. Aku dah tak ingat langsung keenakkan Skol Super, atau lemaknya Special Brew.

Langsung tak ada masa untuk aku kenangkan keseronokkan mendadah sendiri di dalam bilik.

Yang aku tahu, dan yang aku mahu, cumalah Gatorade perisa anggur yang mengiurkan.

Jadi, bila kami dah ternampak 7 Eleven, mata kami semua bersinar. Ada juga mata yang mengalirkan air mata kesyukuran. Dan ada yang mengesat air mata yang jatuh ke pipi bersama dengan peluh noda yang jatuh sekali. Seolah, kami semua sedang melihat kepada bahtera Noh, ketika banjir besar sedang mahu melanda.

Atau untuk aku,seolah aku sedang melihat sebuah kontena yang membawa sarat Skol Super, dan marijuana terbalik di depan rumah aku.

Apapun, kayuhan ke Putrajaya secara peribadinya untuk aku telah membuka mata aku, tentang betapa pembaziran itu, sebenarnya bukanlah amalan syaitan. Tetapi, membazir itu, adalah amalan pemerintah.

Di sana-sini, lampu terpasang melimpah-limpah. Sedangkan jauh di satu kampung, ada keluarga miskin yang bila malam, cuma bertemankan lampu minyak tanah.

Di sana-sini- di Putrajaya, terbinanya mahligai-mahligai keangkuhan yang menjadi simbol jelas kepada ketamakkan dan ketaksuban manusia terhadap imej yang megah. Sedangkan, di satu sudut terdapat anak-anak kecil yang tidur kesejukkan di dalam rumah kayu usang yang boleh roboh bila-bila masa.

Ada lagi anak-anak kecil yang kelaparan, sedangkan di sana kos untuk membina tangga bangunannya sahaja aku yakin sudah mampu menampung kehidupan satu keluarga miskin, dan dapat membantu anak-anak kecil mendapatkan pendidikan dengan percuma.

Tapi, sayang. Kubah yang besar lebih bermakna dari anak-anak kecil yang kelaparan. Jambatan yang dilimpahi cahaya angkuh lebih perlu diutamakan dari pendidikkan dan tempat tinggal yang baik untuk anak-anak kecil.

Jadi, dalam kebanyakkan masanya, mata aku jadi sakit untuk menyedari semua ini. Pembaziran ini, sangat mengecewakan.

Apapun, setelah badan masing-masing memberikan isyarat untuk mengisi semula kekosongan yang dialami, kami semua mengambil keputusan untuk mencari satu tempat untuk kami rehatkan diri masing-masing sambil menikmati beberapa jag minuman, dan beberapa periuk besar makanan.

Dan, tak seorang dari kami pun, yang punya idea tentang tempat itu. Cuma, kami bernasib baik, bila ada seorang atlit kapal layar muda yang berbasikal, dan memakai spendex (yang abangnya merupakan penjual batu permata), menunjukkan solidaritinya kepada kami, yang memakai jeans koyak dengan menunjukkan kami jalan yang benar untuk ke tempat makan. Jadi, kami semua berasa agak senang menerima bantuannya.

Untuk seketika, kami habiskan masa kami dengan menikmati makanan dan minuman dan merehatkan badan dan basikal masing-masing. Ada yang mengambil keputusan untuk tidur dan ada yang terus berbual tentang bermacam hal- termasuk tentang sakit jantung, dan apendiks.
Aku, hanya duduk di tepi tiang sambil di dalam kepala aku cuba melakarkan gambaran tentang perjalanan pulang pula.

Fucking nasty!

Dan, jujurnya perjalanan pulang memang nasty- lebih nasty dari apa yang boleh kepala aku bayangkan. Dan ketika jam tepat menunjukkan pukul 2.30 pagi, kami- yang sering dianggap sebagai pelaku sumbang dan pesalah sosial, memulakan perjalanan pulang. Dan sekali lagi, dengan jelas ada beberapa orang yang sibuk mencari tisu untuk mengelap sekali lagi titisan air mata mereka sebelum kayuhan dimulakan. Dan ada juga yang bersandar di dinding, memejamkan mata, mendongakkan kepala dan sesekali, menggeleng-gelengkan kepala.

There no other way out, indeed.

Perjalanan pulang disinari dengan beberapa cerita seram yang dialami oleh kebanyakkan dari kami. Dari kisah bau-bauan, hinggalah kisah berbual dengan sang angin, kami tetap meneruskan perjalanan. Bukitnya, masih lagi nakal. Dan limpa aku, masih lagi terasa seperti telah pecah. Buah pinggang aku, dengan jelas dapat aku rasakan telah dari dari kedudukan sebenarnya. Dari kiri dan kanan pinggang aku, ia telah beralih ke kerandut telur aku. Dan dua biji telur aku pula, telah turun ke buku lali.Buku lali aku, entah ke mana hilangnya.

Tapi, perjalanan pulang rasanya lebih menarik bila masing-masing sudah punya gambaran yang jelas tentang lebuh raya yang akan ditempuhi. Bukan seperti ketika perjalanan perginya sebelum itu. Jadi, di dalam mengharungi perjalanan pulang, masing-masing sudah boleh bertindak lebih bijak untuk mengawal kekuatan dan ketahan limpa masing-masing. Dan, imej-imej gadis-gadis bersolek tebal, atau jejaka-jejaka kacak, jauh kami tinggalkan di dalam tandas kedai makan yang kami singgah sebelumnya.

Yang ada di dalam kepala otak masing-masing kali ni, adalah (sekurangnya) kelipan cahaya samar-samar dari KLCC, yang akan memberitahu kami bahawa kami telah hampir dekat dengan tempat tinggal masing-masing. Dan imej-imej empuk seperti sofa tidur, tilam bujang, tilam IKEA, dan lantai ruang tamu rumah masing-masing melintas laju di dalam kepala otak masing-masing. Tak ada apa yang dapat menghalang ime-imej ini dari masuk ke dalam otak masing-masing. Tak ada satu pun yang berjaya- walaupun bau masam longgokkan sampah dari tempat pembuangan sampah yang kami lalui.

Jadi, setelah 2 jam setengah menempuhi perjalanan yang suram dan mengerikan dan setelah dua jam setengah mengayuh dan menolak basikal masing-masing, kami tiba di Kuala Lumpur- kota hina yang selalu kami cacikan. Dan di wajah masing-masing, terpalit kegirangan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.

Dan, sesungguhnya bersarapan bersama setelah penat mengayuh dan melakukan kerja-kerja gila sangatlah menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, bila ada benda yang boleh kami jadikan bahan ketawa.

Dan, lebih menyeronokkan bila kami sendiri tak pernah peduli untuk menghiraukan tentang sejarah dunia yang dilakar oleh manusia-manusia lain yang dicatatkan di dalam kitab sejarah moden apabila kami sendiri telah mencatatkan sejarah di dalam diri masing-masing pada hari itu. Aku tak peduli jika sejarah itu tak dipedulikan oleh manusia lain kerana aku yakin, mereka semua tak akan pernah faham akan maksud perkataan ‘gembira’ lantaran telah sekian lama, mereka percaya kepada definisi ‘gembira’ yang telah dituliskan oleh pemerintah dan pemodal mereka yang jelas selalu cuba mencuri sesuatu dari diri mereka.

Quote of the trip;

“Ini kerja gila!” xEjumpx.

“Kaki aku nak cramp” Boik.

“Jahanam!” Salleh G Samsa.

“Ini helmet basikal” adik kepada penjual batu permata.

“Hoi!” jerit seseorang dari tebing bukit di tepi lebuh raya (disyaki sedang menghidu gam).

“Ok Salleh?” Bao.

“Kau dengar, rantai aku berbunyi tadi?” Aizzat “Patrick” Adnan.

“Tayar kau berbunyi sebab tayar kau tengah berpusing” Roby Poseur Fixie King.

“Esok bas first pukul berapa, eh?” Roby Poseur Fixie King.

“Aku panggil bukit tu, bukit lembap” Aizzat “Patrick” Adnan.

“Sial la” Salleh G Samsa (dalam hati).