Apr 1, 2010

cintasikal ♥

Hey dude!
Apa Bikin?
Esok aku nak tengok Alice..
Kalau kau tak busy teman kan aku.
(via facebook for Iphone)


Ahh, aku malas..Baik aku tidur atau melakukan perkara yang seharusnya.Di sudut-sudut pemikiran aku juga merasa busan bersendirian.Lantas aku bersetuju dengan ajakkan teman aku tu.Tapi agenda ni pada esok hari nya.Aku terumbang-ambing diseret kebosanan.Sementara disini,disudut ini,aku terpaku seperti terlekat didinding meraikan hari busan ku.Di udara, berkepol-kepol asap mistik yang terhasil dari hembusan suryaku.Angin sejuk yang bertiup
dari kipas angin menampar-nampar wajah ku.

"aku dah busan..aku dah busan..aku busan!..,"

Lalu tanpa basa basi,aku menhias diri dengan keterampilan tak ubah seperti Vincent Gallo mahupun Richard Ashcroft.Bezanya aku bukanlah seorang karyawan seseni mereka.Istimewa nya,aku berbasikal.Kemana pun hala tuju pastinya berbasikal.Tidak ber idola kan Azizul Hasni ataupun Lance Armstrong.Aku berbasikal atas kemampuan aku untuk memiliki basikal dan
mudah untuk aku bergerak kemana-mana di bandar besar ni.

"wuu..babuna!..prapapa..woooo..,"

Berteriak kecil lirikan yang tak dihafal diiringi lagu 'Drugs Dont Work' yang bermain di mp3 aku.Sambil aku mengayuh dengan gerakan dinamis mempersona.Hasil nya,aku memberhentikan kayuhan.Perlahan..kaki menapak ke sebuah komplex.Tanpa tujuan,hanya menghayun tubuh untuk terus melewati komplex sambil melihat ke asyikkan wajah-wajah ceria yang berselisih dengan ku.Detupan lagu,teriakan orang memanggil-manggil dan deringan
telefon bimbit bertalu-talu di setiap sisir komplex ini.Riuh..kecoh..terkinja-kinja..
pelbagai gelagat dapat di lihat.

Sedang aku leka...Gigi aku terkatup di cengkeram bila tidak sengaja nya melihat..Kuku jariku membeku,aku merasa seperti aku di peluk Sungai Gombak,berenang bersama Flower Hon,di terangi ribuan Kunang-kunang.
Aku sesak..tak bernafas.

"Hai u,i...Sara la..,"sapanya ke aku.
Mengenggam kuat hatiku."wow.."suara kecilku.

"hurm...hurm.."
"kenapa ni,gagap plak"
semacam perasaan gugup ni.
"selepas ni u nak ke mana je?"
"mana-mana..eh..tak kemana pun"
"then,u nak bawak i ke mana?"
"i?...i berbasikal,so how?"
"owh..really.panas la,i prefer wheel yang ada air condition la,
more comfort kan"
"so..r u going with ur bike?"
"i am..yes..Sara.."
"ok then..i pilih untuk saying Bye-bye kat u..,"

Aku tersentak dan ternganga mendengar nya.Tercalit dalam fikiranku bahwa manusia lebih taksub akan moden'Nya' untuk mengisi keselesaan.
"luar biasa...sungguh luar biasa"caci ku.
Aku pun berlalu sambil menggendong basikal ku.Tak tahu nak kemana,yang pasti takkan berhenti dari terus mengayuh.

'Tempat jatuh,lagi di kenang'

4 comments:

  1. sara is puteri lilin maybe
    :P

    ReplyDelete
  2. kenapa sara gak nama ko pilih :D

    ReplyDelete
  3. kalau naik tandem bike dengan kekasih hati bole skid ke ha?

    ReplyDelete