Nov 15, 2009

hell o win







helloween ride dan acara berbasikal bulanan critical mass.
30 hb oktober yg lepas, bersempena ride bulanan critical mass seluruh dunia yg jatuh pada hari hallowen, komuniti berbasikal kuala lumpur disertai oleh komuniti dari melaka, shah alam dan beberapa tempat lain, merayakan hari itu dgn berbasikal beramai-ramai....dengan kostum masing2.. pelbagai rupa, mood serta gaya. Tak mungkin ada orang KL terlepas pandang pada kami malam tu, malah tanpa topeng dan kostum sekalipun, sudah terserlah aura hantu masing2, apatah lagi pada malam itu. Bermula di Central Market, lokasi bersejarah di mana sambutan kritikal mass buat pertama kali di sambut di Kuala Lumpur pada 2007..... pada tahun itu seramai genap 20 orang keluar berbasikal menyambut hari itu, kali ini....... lebih 50 orang berbasikal, menjadikan ia jumlah teramai setakat ini yg menyambutnya di Kuala Lumpur.



halloween, budaya barat dan punk rock.
Sambutan di Kuala Lumpur mmg tak pernah jauh dari kontroversi dan isu.... ada je yg tak kena. "kenapa sambut halloween yg kebaratan"...... baru je malaysia kalah isu batik ngan indonesia...... ada plak hamba TUHAN yg tanya benda ni. aku pun tak tau apa sgt yg timur-nya dengan life di malaysia..... dari IKEA ke McDonalds sampai la ke punk rock.... ia di mata aku adalah budaya yg akan terus di sub-budayakan - evolve - jadi budaya lagi. Kan di McDonalds dah ada nasi lemak.... ntuk korang...... orang timur.


"Apa kena mengena punk ngan berbasikal?"
Soalan di atas di tanyakan kepada Salleh..... aku tak tau apa salleh jawab, tapi kalau di tanyakan pada aku, crank hollow tu dah lekat kat rusuk dia pastu kayuh krank tu laju2..... kalau tnya kat ejam, mmg muka dia dah kena skid sambil diseret turun bukit tunku.
sama masa ada satu editor zine tersohor di Malaysia nak interview aku pasal graffiti, stencil dan punk rock..... di tanya kenapa pilih untuk buat graffiti, bukankah graffiti itu budaya hip-hop..... aku balas "kau bodoh ke apa?". Apa beza kau dengan wartawan harian metro yg menulis tanpa kajian ttg isu black metal satu masa dulu.... graffiti dan stencil lahir sebelum musik hip-hop lahir, mcmana kau boleh cakap graffiti itu hip hop..... band punk awal dulu pun buat graffiti dan stensil.... malah masa tu musik hip-hop belum lahir pun lagi..... kalau di lihat pada sejarah.... zaman2 awal graffiti moden banyak terpengaruh dengan musik punk dan rock. Pada aku, apa yg buat kau punk takde kena mengena dgn musik yg kau dengar atau main..... kau punk untuk jalan dan cara yg kau pilih untuk hidup dalam dunia yg kau sedaya bina sendiri.... keputusan yg kau buat atas apa yg kau sendiri percaya bukan atas sebab kau di besar dan dididik terutama secara konvensional untuk menjadi individu tertentu. Aku pilih untu berbasikal walaupun aku mampu berkereta kerana tiada siapa yg tidak mampu berkereta di Malaysia.... kau cuma perlu mampu untuk berhutang.... aku pilih untuk mengayuh basikal aku kemana yg aku suka, bila2 masa tanpa bergantung pada keterikatan korang pada kerajaan dan kompeni2 besar kerana kereta perlukan kerajaan, polis, JPJ.... pada road tax, lesen memandu, toll, petrol.... untuk petrol, ia perlukan peperangan untuk menguasai dan mengawal minyak dunia..... aku pilih untuk tidak percaya pada iklan kereta dengan gambaran yg indah kereta di atas jalanraya bergerak lancar meluncur laju....butuh!! tu semua tipu kerana hakikat nya jelas yg kau berkereta untu terperangkap dalam jalan sesak..... aku pilih untuk baiki sendiri basikal aku.... bina sendiri seperti komuniti wild dog dan basikal tinggi mereka..... recycle and reused basikal lama... kalau ini tak cukup punk..... aku tak sedih pun... sikit pun tak!.......Homicide=Punk!
btw; interview aku dgn editor zine tu tak pernah terkeluar pun..... dan zine dia terus di minati kerana menulis cam budak2 dan terus memperbudakan budak2 scene.... itu lah tahap ketelusan editor zine tersebut dalam penulisan... tak banyak beza ngan tahap ketelusan wartawan metro..... nasib aku dah lama berenti membaca.

5 comments:

  1. rat ko lupa masukkan aftermath helloween ride....pecahhhhhhhhhhhhhhh...hahaha..anyway what a priceless experience...trick or thrill?

    ReplyDelete
  2. up bike punks!
    when's the next event?

    ReplyDelete
  3. aku saja umpan kalau2 ada kawan2 lain nak tulis pasal tu...

    we ride around town (kl-bangsar-hartamas-bukit tunku or whereever we think of that day) almost every weekend... most of us ride everyday, using bicycle as main transportation. can come and join us anytime during weekend or if there is any specefic event, we will post it here and our facebook group page.... thanks

    ReplyDelete
  4. btw; we can be reached thru one of our friend who nice enough to put his phone number here in this page..... check at the contact section on the upper right side of this page

    ReplyDelete
  5. To be next halloween: Is(kandar) - with "I'm a loser" written on my tummy & "pecah" on my forehead. :)

    ReplyDelete