Di dalam sejarah dunia, pada 25 September 1926, Henry Ford mengumumkan secara rasminya bahawa jangka waktu bekerja yang rasmi, adalah 8 jam sehari dan 5 hari dalam seminggu. Dan pada tarikh yang sama juga, sejarah dunia mencatatkan 20 buah negara menandatangani International Slavery Convention dan pada tarikh yang sama juga, kerajaan Mackenzie King di Kanada, terbentuk.
Itu, sejarah dunia yang dah pun berlalu berpuluh tahun yang lepas. Lama sebelum aku lahir, dan lama sebelum mak ayah aku lahir. Aku tak peduli.
Tapi, pada tarikh 25 September 2009, setelah berpuluh tahun 1926 ditinggalkan, 12 orang penjahat sosial yang mengayuh basikal, telah mencatatkan sejarah di dalam diri masing-masing apabila mereka semua memberanikan diri untuk mengayuh di sepanjang lebuh raya berbukit dari Bukit Binatang, ke Putrajaya.
Tak ada spandex, dan tak ada jersi Le Tour de France. Tak ada dadah, tak ada alkohol.
Yang ada cumalah jiwa kosong dan lebuhraya yang kesunyian. Jadi,penjahat-penjahat sosial dan moral yang mengayuh basikal ini, membuat keputusan untuk menemankan lebuhrya sunyi ini, dengan mencalitkan segala noda yang dibawa dari Bukit Binatang.
Kayuhan bermula dari Bukit Binatang, sekitar jam sembilan malam, kalau tak salah aku. Itu pun, selepas semua penjahat ini, menyudahkan pengisian perut masing-masing. Untuk aku, tak jelas betara jauh dan nakalnya perjalanan yang bakal aku tempuhi pada masa tu. Dan, tanpa sebarang kerisauan, aku peluk erat Ceasar si Basikal dan membisikkan kata cinta kepadanya (yang mana, akhirnya Ceasar mengalah, dan katakan bahawa perjalanan jauh ini, sesungguhnya tak masuk dek akal untuk ditempuhinya).
Menempuh jalan di kota- di sekitar Bukit Binatang, sebelum kami semua masuk ke kawasan lebuh raya yang agak sunyi, dipenuhi dengan hilai tawa, dan keriangan di wajah masing-masing. Imej yang jelas di kepala masing-masing cumalah limpahan cahaya Putrajaya yang membazir itu. Tak terdetik sikit pun di dalam kepala masing-masing tentang jalan yang terpaksa kami semua tempuhi. Yang jelas, cumalah limpahan cahaya, dan gadis-gadis comel yang berkeliaran. Ataupun, lelaki-lelaki kacak, untuk penjahat homoseks yang berbasikal.
Bermula dari satu bukit, kayuhan diteruskan merentasi satu lagu bukit- turun dan naik. Di wajah kebanyakkan dari kami, masih lagi terpalit keriangan yang jelas. Masih lagi ada ruang untuk menyanyi di dalam hati, ketawa ketika mendaki bukit, dan masih lagi ada ruang untuk kami berhenti mendapatkan bantuan pernafasan dari kotak-kotak kecemasan Suriya, Winston, dan Sampoerna hijau besar.
Di keliling kami yang ada menemankan cumalah pokok-pokok kesunyian yang terpaksa menghadap kebisingan dan debu-debu kota yang menyesakkan. Dan saban hari, mereka semua (pokok-pokok dan semak itu) terpasa menghadap mesin-mesin laju yang angkuh lalu merentasi pandangan mereka. Tapi, dengan adanya kami yang mengayuh mesin yang perlahan ini, sekurangnya mereka dapat merehatkan mata dan telinga mereka dari segala apa yang dibawakan oleh mesin-mesin yang laju itu.
Jujur, entah berapa kali aku turun dari dakapan Ceasar dan aku pimpinkan tangannya meredah bukit itu dengan perlahan. Limpa aku, secara literalnya pecah entah berapa kali. Di dalam kepala aku, aku cuma salahkan alkohol. Atau mungkin, aktiviti mendadah yang selalu aku sertai. Tapi, itu semua belakang cerita. Yang perlu aku fikirkan, cumalah perjalanan yang aku perlu tempuhi untuk sampai ke kota limpahan cahaya yang membazir itu.
Seperti satu kegilaan, bukit-bukit itu seolah tak berhenti memberikan kami gambaran yang buruk dan secara langsungnya menjadikan kepala kebanyakkan dari kami memproses tanggapan-tanggapan negatif tentang segalanya. Ada yang hampir saja memebrhentikan basikal mereka di tepi jalan, dan ingin menelefon kawan-kawan mereka yang memiliki kereta, dan lupakan tentang kota limpahan cahaya yang sering diceritakan oleh kebanyakkan orang.
Ada juga yang menangis teresak-esak ketika melakukan pendakian. Jelas kelihatan beberapa susuk yang sibuk mengelap linangan air mata ketika sedang sibuk mendaki. Tapi, ada juga yang terus kental menyanyikan antem-antem kekuatan yang memberikan semangat kepada yang lain. Dan ada juga, yang sibuk melayan muzik-muzik kerasa dari iPod yang terpasang di telinga.
Bukit demi bukit kami harungi. Tapi, masih tak nampak dengan jelas kota yang diceritakan itu. Yang ada cumalah kegelapan lebuh raya dan sesekali, ada cahaya dari kenderaan berenjin yang membantu kami memeriahkan jalan raya yang sunyi itu. Entah berapa banyak bukit jahat, yang telah kami harungi. Dan entah berapa kali, ada kebanyakkan dari kami, mempersoalkan kembali tentang hal hidup mereka, setiap kali mereka ternampak bukit yang perlu mereka daki, di depan mata mereka sendiri.
Tapi, di tengah-tengah kesibukkan kebanyakkan dari kami menyesali hidup ini, masih lagi ada suaran keriangan yang datang dan cuma memberikan semangat kepada kaki kami semua untuk teruskan apa yang sedang kami usahakan.
Di dalam kepala otak kebanyakkan dari kami, terlintas imej-imej gadis-gadis anak kaki tangan kerajaan yang bersolek tebal untuk ke 7 Eleven, ataupun anak lelaki kaki tangan kerajaan yang kacak-kacak, untuk seorang pengayuh homoseks yang turut ada sama.
Mungkin, itulah motivasi untuk kebanyakkan dari kami. Dan ada sebahagian pula, yang kelihatan seolah tak punya motivasi lain selain dari mahu cepat sampai dan cepat membeli minuman sejuk yang bakal menghilangkan kesunyian tekak masing-masing. Dan, aku adalah salah seorang dari mereka.
2 botol Gatorade perisa anggur adalah sama nilainya dengan bir Skol Super satu lori pada masa tu, untuk aku. Aku dah tak ingat langsung keenakkan Skol Super, atau lemaknya Special Brew.
Langsung tak ada masa untuk aku kenangkan keseronokkan mendadah sendiri di dalam bilik.
Yang aku tahu, dan yang aku mahu, cumalah Gatorade perisa anggur yang mengiurkan.
Jadi, bila kami dah ternampak 7 Eleven, mata kami semua bersinar. Ada juga mata yang mengalirkan air mata kesyukuran. Dan ada yang mengesat air mata yang jatuh ke pipi bersama dengan peluh noda yang jatuh sekali. Seolah, kami semua sedang melihat kepada bahtera Noh, ketika banjir besar sedang mahu melanda.
Atau untuk aku,seolah aku sedang melihat sebuah kontena yang membawa sarat Skol Super, dan marijuana terbalik di depan rumah aku.
Apapun, kayuhan ke Putrajaya secara peribadinya untuk aku telah membuka mata aku, tentang betapa pembaziran itu, sebenarnya bukanlah amalan syaitan. Tetapi, membazir itu, adalah amalan pemerintah.
Di sana-sini, lampu terpasang melimpah-limpah. Sedangkan jauh di satu kampung, ada keluarga miskin yang bila malam, cuma bertemankan lampu minyak tanah.
Di sana-sini- di Putrajaya, terbinanya mahligai-mahligai keangkuhan yang menjadi simbol jelas kepada ketamakkan dan ketaksuban manusia terhadap imej yang megah. Sedangkan, di satu sudut terdapat anak-anak kecil yang tidur kesejukkan di dalam rumah kayu usang yang boleh roboh bila-bila masa.
Ada lagi anak-anak kecil yang kelaparan, sedangkan di sana kos untuk membina tangga bangunannya sahaja aku yakin sudah mampu menampung kehidupan satu keluarga miskin, dan dapat membantu anak-anak kecil mendapatkan pendidikan dengan percuma.
Tapi, sayang. Kubah yang besar lebih bermakna dari anak-anak kecil yang kelaparan. Jambatan yang dilimpahi cahaya angkuh lebih perlu diutamakan dari pendidikkan dan tempat tinggal yang baik untuk anak-anak kecil.
Jadi, dalam kebanyakkan masanya, mata aku jadi sakit untuk menyedari semua ini. Pembaziran ini, sangat mengecewakan.
Apapun, setelah badan masing-masing memberikan isyarat untuk mengisi semula kekosongan yang dialami, kami semua mengambil keputusan untuk mencari satu tempat untuk kami rehatkan diri masing-masing sambil menikmati beberapa jag minuman, dan beberapa periuk besar makanan.
Dan, tak seorang dari kami pun, yang punya idea tentang tempat itu. Cuma, kami bernasib baik, bila ada seorang atlit kapal layar muda yang berbasikal, dan memakai spendex (yang abangnya merupakan penjual batu permata), menunjukkan solidaritinya kepada kami, yang memakai jeans koyak dengan menunjukkan kami jalan yang benar untuk ke tempat makan. Jadi, kami semua berasa agak senang menerima bantuannya.
Untuk seketika, kami habiskan masa kami dengan menikmati makanan dan minuman dan merehatkan badan dan basikal masing-masing. Ada yang mengambil keputusan untuk tidur dan ada yang terus berbual tentang bermacam hal- termasuk tentang sakit jantung, dan apendiks.
Aku, hanya duduk di tepi tiang sambil di dalam kepala aku cuba melakarkan gambaran tentang perjalanan pulang pula.
Fucking nasty!
Dan, jujurnya perjalanan pulang memang nasty- lebih nasty dari apa yang boleh kepala aku bayangkan. Dan ketika jam tepat menunjukkan pukul 2.30 pagi, kami- yang sering dianggap sebagai pelaku sumbang dan pesalah sosial, memulakan perjalanan pulang. Dan sekali lagi, dengan jelas ada beberapa orang yang sibuk mencari tisu untuk mengelap sekali lagi titisan air mata mereka sebelum kayuhan dimulakan. Dan ada juga yang bersandar di dinding, memejamkan mata, mendongakkan kepala dan sesekali, menggeleng-gelengkan kepala.
There no other way out, indeed.
Perjalanan pulang disinari dengan beberapa cerita seram yang dialami oleh kebanyakkan dari kami. Dari kisah bau-bauan, hinggalah kisah berbual dengan sang angin, kami tetap meneruskan perjalanan. Bukitnya, masih lagi nakal. Dan limpa aku, masih lagi terasa seperti telah pecah. Buah pinggang aku, dengan jelas dapat aku rasakan telah dari dari kedudukan sebenarnya. Dari kiri dan kanan pinggang aku, ia telah beralih ke kerandut telur aku. Dan dua biji telur aku pula, telah turun ke buku lali.Buku lali aku, entah ke mana hilangnya.
Tapi, perjalanan pulang rasanya lebih menarik bila masing-masing sudah punya gambaran yang jelas tentang lebuh raya yang akan ditempuhi. Bukan seperti ketika perjalanan perginya sebelum itu. Jadi, di dalam mengharungi perjalanan pulang, masing-masing sudah boleh bertindak lebih bijak untuk mengawal kekuatan dan ketahan limpa masing-masing. Dan, imej-imej gadis-gadis bersolek tebal, atau jejaka-jejaka kacak, jauh kami tinggalkan di dalam tandas kedai makan yang kami singgah sebelumnya.
Yang ada di dalam kepala otak masing-masing kali ni, adalah (sekurangnya) kelipan cahaya samar-samar dari KLCC, yang akan memberitahu kami bahawa kami telah hampir dekat dengan tempat tinggal masing-masing. Dan imej-imej empuk seperti sofa tidur, tilam bujang, tilam IKEA, dan lantai ruang tamu rumah masing-masing melintas laju di dalam kepala otak masing-masing. Tak ada apa yang dapat menghalang ime-imej ini dari masuk ke dalam otak masing-masing. Tak ada satu pun yang berjaya- walaupun bau masam longgokkan sampah dari tempat pembuangan sampah yang kami lalui.
Jadi, setelah 2 jam setengah menempuhi perjalanan yang suram dan mengerikan dan setelah dua jam setengah mengayuh dan menolak basikal masing-masing, kami tiba di Kuala Lumpur- kota hina yang selalu kami cacikan. Dan di wajah masing-masing, terpalit kegirangan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.
Dan, sesungguhnya bersarapan bersama setelah penat mengayuh dan melakukan kerja-kerja gila sangatlah menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, bila ada benda yang boleh kami jadikan bahan ketawa.
Dan, lebih menyeronokkan bila kami sendiri tak pernah peduli untuk menghiraukan tentang sejarah dunia yang dilakar oleh manusia-manusia lain yang dicatatkan di dalam kitab sejarah moden apabila kami sendiri telah mencatatkan sejarah di dalam diri masing-masing pada hari itu. Aku tak peduli jika sejarah itu tak dipedulikan oleh manusia lain kerana aku yakin, mereka semua tak akan pernah faham akan maksud perkataan ‘gembira’ lantaran telah sekian lama, mereka percaya kepada definisi ‘gembira’ yang telah dituliskan oleh pemerintah dan pemodal mereka yang jelas selalu cuba mencuri sesuatu dari diri mereka.
Quote of the trip;
“Ini kerja gila!” xEjumpx.
“Kaki aku nak cramp” Boik.
“Jahanam!” Salleh G Samsa.
“Ini helmet basikal” adik kepada penjual batu permata.
“Hoi!” jerit seseorang dari tebing bukit di tepi lebuh raya (disyaki sedang menghidu gam).
“Ok Salleh?” Bao.
“Kau dengar, rantai aku berbunyi tadi?” Aizzat “Patrick” Adnan.
“Tayar kau berbunyi sebab tayar kau tengah berpusing” Roby Poseur Fixie King.
“Esok bas first pukul berapa, eh?” Roby Poseur Fixie King.
“Aku panggil bukit tu, bukit lembap” Aizzat “Patrick” Adnan.
“Sial la” Salleh G Samsa (dalam hati).
damn sweet la salleh..very2 nice writings....edisi yang lebih original berbanding tulisan roby yang pirate namun masih menarik..hahaha best ni ada 2 writer..satu mengarut satu lagi dramatis..still dalam kotak memory aku takbleh save memory ke putrajaya kerana filenya terlalu besar..aku kena upgrade kotak memory dalam kepala aku nih..susah nak pecaya..(terdetik "perghh..gua pegi putrajaya siakkkkkk tadiiiii")..anyway..trip smalam sdikit sebanyak memberi gambaran tentang long distance riding.(korang sedar atau tidak kayuhan semalam walaupun jauh dirasa dan tersiksa,destinasi hanyalah wilayah kuala lumpur! damn!!!)..betapa perjalanan ke kota melaka nanti akan dilaknat para pembasikal anjing...we're out to melaka in about 1 more week.Selamat Hari Riot melaka!
ReplyDeleteHaha. Memang kita semua akan keciciran telur bila pergi Melaka nanti.
ReplyDeleteAnyway, nevermind the typo, punk!
...Cheers to all of you guys...
ReplyDeleteMelacca here we come!
Ready. Steady. Pedal.
Go! Go! Go!!!
naku nak nabar ne nelaka.. nesti nelur nasing2 necah nak ningat nunia! nenjoyy!
ReplyDeletekarangan yg sangat hebatr! helmet basikal ruless!!
ReplyDeletePutrajaya? Haaa BUKIT JAHANAM, JALAN KURANG AJAR!
ReplyDeleteInilah saat yang ditunggu-tunggukan, lagi beberapa hari sahaja yang tinggal untuk meredah perjalanan yang bagaikan neraka, MALACCA! Tetapi, Roby memberitahu bahawa perjalanan yang bakal 'Anjing-anjing Liar' tempuhi tidaklah seteruk Kota CYBER yang dibangga-banggakan. Betulkah? Aku pun tidak tahula, tapi mungkin lagi teruk perjalanannya. Aku dah tak sabar nak meredah bukit-bukit jahanam atau jalan KURANG AJAR nanti. Confirm kali ni, lagi pecah, jangan cakap limpa, usus-usus semua dah lari pergi mana nanti aku pun taktahu.
Malacca here we come!
aku lupa nk bagitau time kt lorong motor sblum masuk tol tu aku rasa mcm kene ikut dgn something. imej mcm org tgh berkayuh tp aku tk tau sape. aku siap tegur lg tp x bls aku bajet die penat naik bukit. bila aku dah sampai aku toleh belakang dah tkde lak. time dlm gelap tu . ni bukan rekaan! tp aku lupe time tu nk gtau*
ReplyDelete...hahaha... korg nie macam2 hal la!
ReplyDeletethere's no such things! fuck cerita dongeng dan tahyul ok!
...how dare you called yourself hanjing giler tapi takut hantu? ..shit dude..
Well! ..for your info.. kitalah hantu-hantu yang dimaksudkan ok boys!
hahaha... Cheers to yall crazy mo'fo! gwa enjoi giler ride ngan korang smue.
tk takut.. tp musykil.. org ke hantu.. kalau betol hantu.. aku plg xpnh dgr lg ada hantu naik basikal.. hahahahaha :)
ReplyDelete