melihatkan entry terakhir, sebelum yg aku tulis ni adalah pada 17 April 2010 berkenaan workshop/skill sharing session di Taman Tasik Perdana. Itu pun takde laporan susulan ttg workshop ini.... tiada postmortem ttgnya samada berjaya atau gagal dalam mencapai matlamat.
kalau di tanyakan aku.... ada kejayaan workshop tu..... tapi banyak pembaikan boleh di lakukan.... pengendaliaannya agak terlalu longgar... dan tiada post mortem.... bila menganjurkan acara skill sharing, pada aku postmortem perlu juga di share bukan sahaja di kalangan penganjur, juga perlu dibincang/bahas di kalangan semua mereka yg hadir, selepas acara tamat sebelum semua orang pulang.... di tambah dengan cara ini, lebih banyak feedback akan di terima....
workshop itu gagal.......gagal sampai kepengetahuan budak fixie ******. Minggu lepas, pada satu malam aku berbasikal dgn member aku yg menaiki roadbike.... pejalanan kami agak jauh.... agak terkeluar dari KL... dan sampai satu tahap kami terasa ada satu daya mendorong kami untuk mengayuh lebih laju..... diingatkan di sini .... i never race.... bila aku laju, semata-mata sebab aku mahu pergi laju.... bukan berlumba.... aku pengguna basikal, bukan pelumba basikal. berbalik cerita tadi.... selepas beberapa kilo kayuhan laju, kami memasuki kawasan yg gelap tanpa lampu jalan.... aku memperlahankan kayuhan sambil member aku tu terus seronok menikmati kemenangan.... dan dia akhirnya menerima padah kerana terjatuh sebab tayar depan basikal dia masuk cun2 je dalam penutup longkang yg gagal dalam rekaan oleh barangkali jurutera longkang majlis2 pembandaran.... aku tergelak selepas tahu tiada kecederaan teruk pada kawan aku tu.... cuma calar2 di tangan, badan dan kaki dek bergeser atas pasir ditepi jalan....nasihat aku.... know your turf!..... pothole, longkang, paku hingga ke duit syiling banyak kat jalan, so hati2 dan watch out when riding.... aku pernah jumpa note rm 50 masa berbasikal tu!
so......., belum habis aku gelak..... nampak dari jauh kelipan lampu.... tak lain geng2 basikal.... akhirnya mereka sampai, aku tahan dorang bertanyakan "bro, ada spare tube tak?"..... dorang pandang aku dan basikal aku, dan membalas, "sorry bro, kitorang ada tiub fixie je"..... aku dah mula heran.... tapi mungkin sebab dorang ingat aku mintak untuk basikal aku yg mmg tak boleh masuk tayar 700c(logiknya dah tentu aku tak mintak untuk aku sbb, jelas takde masalah ngan tayar aku masa tu)..... aku balas balik.... "tak.... bukan untuk aku, untuk kawan aku tu" sambil menunjuk kat kawan aku yg tgh duduk tak jauh dari kitorang....."basikal dia tayar roadbike tu"..... tambah aku... kemudian sampuk seorang budak yg aku cam muka dia..... aku ingat muka dia sebab dia pernah ikut geng2 chaos kl berbasikal ke bukit tunku.... tayar dia bocor dan aku ngan ejump lah yg tukarkan tiub dia.... mamat ni konfiden cakap....." tula bro... sorry, kitorang ada bawak tiub, tapi untuk fixie jer"..... aku ngan member aku spontan gelak.... terutama aku sbb aku mmg masih dalam mood gelak di tambah sebelum tu aku ngan kawan aku mengadap se-jug beer kat jalan alor..... dorang nampak blur... tak paham apa..... namun masih cuba untuk mendapat kepastian, mana la tau dorang pakai saiz 29 pulak ke.... aku pegi check tayar basikal dorang.... 700x23c.... sama dengan tayar roadbike kawan aku tu.... aku pegi ke satu lagi basikal..... sama!..... aku lagi gelak..... aku cakap kat dorang..... "bro, lu simpan je la tiub korang tu, terima kasih je la".... dorang gerak dalam bingung gak la.... tapi aku yakin dorang mesti ingat kitorang terlalu mabuk masa tu.
aku akhirnya potong tiub basikal kawan aku tu.... dan sambung balik dgn ikatan mati..... salah satu cara mengatasi masalah tayar bocor (sementara je ni) kalau dah takde rumput kering nak di sumbat kedalam tiub.... kalau nak tau lebih jelas kaedah ni.... perlukan bantuan visual.... susah nak terangkan kat sini.... nanti la.... kalau ada workshop macam itu hari tu...... kali ni kena jemput budak2 tu....
sampai kat rumah member aku tu.... aku terpikir....kalau dorang jenis yg hantar kedai untuk tukar tiub.... buat apa dorang bawak spare tiub! dan aku di bawak juga pada ingatan malam aku ngan ejump tukarkan tiub basikal budak tu.... takde ke satu pun yg dia pelajari dari kejadian tu.... sia2 je ejump kasi tiub spare dia kat budak tu...huhhh.
so acara bebasikal massa kritikal yg akan datang.... 25 jun 2010.... jumpa semua di sana! ride safe.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletepsl budak fixie tuh mmg sgt aku geram. aku jumpe aku pijak.. haa.. agak2 laa.. korang fixie kee korang roadbike kee tlg laa.. jgn pkir fixie adalah utk fixie.. no man.. xmasok akal lngsung bende tuh.. basikal sama jee.. fixie asal dr road gak.. sgt bangsat budak tuh... geramm!!! hahahahah
ReplyDeletetakpa tulis lagi kat sini,dengan harapan budak FIXIE tuh akan baca,
ReplyDeletetayar/tube racing,roadbike sama dengan tayar/tube FIXIE korang iaitu 700cx23-25. harap diorang baca dan faham.
aku tak sure kalu dorang mmg tak tau saiz tayar roadbike member aku tu sama ngan fixed dorang or dorang tau tapi mmg taknak tolong/bagi tiub dorang.....
ReplyDeletemcm lawak dlm majalah ujang budak2 ni.. hehehehe. nakal laa dorang.. rasa cam nak cubit pipi je..
ReplyDeletekirim tiub fixie dari new zealand satu!
ReplyDeletepada anonymous kat atas sekali.... roadbike berasal dari fixedbike... bukan fixedbike asal dari roadbike
ReplyDeleteAku nak komen sket pasal ROS hari tuh. Memang lari tajuk. Fixie ke, roadies ke, moutainies ke, memang lari tajuk. Hehe...
ReplyDelete1. Ramai sgt pakai spendex/baju colourful. Bukan ke kena pakai puteh/merah/hitam jer? Nak pakai colourful, tunggu la time Halloween ride, raya ride, baru la sesuai.
2. Ramai yang mash instead of kayuh pelan-pelan layan emo sorang-sorang. Bukan ke patut jgn bising, jgn buat keco, senyap and just ride? Nak mash, join la mashing events. Mungkin sebab ramai yang join ni tak penah nak ride bandar sgt.
Lastly, road bike, mountain bike, track bike, full-sus bike, hardtail bike, beca are still a bicycle. Nape nak gado-gado?
Just my 2cents.
p/s: aku sgt bersetuju ngn rat; roadbike (freewheel with gears) berasal dr fixed-gear bicycle (dulu derang panggil safety-bicycle, go google it up, i know you want to)
ReplyDeletethanks cyphereza.... any piece of mind are always welcome.... bukan la aku nak cakap yg si anonymous di atas salah dan tak patut berpendapat, cuma perlu perdebatan sihat dlm membetulkan apa2 keraguan.
ReplyDeletettg cara berpakaian masa ROS... kemungkinan besar mereka tak tahu ttg tu.... seratus peratus di letakkan kesalahan ke atas mereka adalah tak patut kerana penerangan daripada pihak penganjur sendiri(which include me)adalah tidak jelas dan tidak disebar dalam banayk bentuk sebaran.... jadi mungkin ramai yg hanya tahu adanya ride pada malam itu dari rakan2 tanpa mendapat penjelasan ttg pemakaian.
rasanya next time punya ROS kena ada proper info pasal pemakaian & etika masa ROS.. especially kat rider2 yang ada kat luar kl.. hopefully ROS tahun depan lebih baik :))
ReplyDeletemissnoperfect;
ReplyDeletekami ni non profit individual.... tiada sponsorship atau duit lebih untuk sebarkan info dlam medium lain selain internet. so dgn kata lain sebaran info dari kami melalui blog ni.... dan juga beberapa kawan lain dan facebook... mungkin juga ada di myspace.... dan di blog mmg ada di jelaskan ttg etika dan cara berpakaian - http://massa-kritikal.blogspot.com/2010/03/kayuhan-senyap-2010-siri-kedua.html