Mar 31, 2010

Kayuhan senyap 2010 - siri kedua

Ride of Silence adalah satu hari berbasikal memperingati mereka yg samaada mati atau terlibat dalam kemalangan semasa berbasikal di jalanraya. Setiap penunggang basikal berbaju putih dengan helmet akan menunggang basikal masing2 dengan mengikat kain hitam di lengan; solidariti terhadap penunggang basikal yg lain dan memakai kain pengikat merah bagi yg pernah jatuh/kemalangan.


Pertama kali di anjurkan di Dallas Amerika pada tahun 2003, di anjur oleh Chris Phelan selepas penunggang basikal bernama Larry Schwartz telah mati di langgar sebuah bas(terkena bahagian cermin sisi).Dan ini adalah kayuhan sesi yang ke dua akan di lakukan di Kuala lumpur.

Ride of Silence adalah berbasikal bebas dengan meminta penunggang mengayuh basikal kurang dari 12 batu sejam dan secara senyap sepanjang berbasikal. Tiada brochure, tiada sponsor, tiada yuran pendaftaran. Acara ini di harap dapat memberi kesedaran terhadap pengguna kenderaan lain seperti motosikal, kereta, bas dll serta polis dan pihak pegurusan bandar bahawa pengguna basikal juga punya HAK yg SAH ke atas jalan awam. Acara ini juga adalah cara kita memberi penghormatan kepada mereka yg terbunuh atau terlibat dalam kemalangan semasa berbasikal di bandar.

Cerita bahawa berbasikal di bandar adalah berbahaya semata-mata satu cerita karut lagi tahyul serta menyesatkan , ia menjadi berbahaya kerana kita dikelilingi mesin2 berupa sangkar besi yg selama ini telah memisahkan pemandunya dengan kemanusiaan, bergerak ganas tanpa mempedulikan penguna basikal seperti kita.

segala maklumat dan penambahan isi akan di beritahu kelak.

*sgt di cadangkan pada mereka yg emo ntuk join ride ni..... dah terlalu ramai bike punk yg chaos(tapi baik hati)!.......

1 comment: