Mar 30, 2010

kayuh terus/ride on

ada "orang tu" cakap,"you better off just writing on the building wall, biarkan budak2 geek menulis kat dinding virtual ni" - bukan aku yg cakap... but still here it goes.....

terima kasih kerana datang.... naaaaaa, aku rasa tak perlu aku berterima kasih kepada korang kerana datang malam tu, buat bunyinya macam aku ni tuan rumah event tu and you all do come for the fun... bukan datang untuk aku.... but for being there and "share" the fun with me.... aku berterima kasih.... dan suka aku ingatkan, kritikal mass bukan milik aku atau sesiapa, bukan kelab atau persatuan dan aku hanya boleh kata middle person yg meletakkan event ni di internet(kerja ni pun boleh di lakukan oleh sesiapa)..... kalau korang terer Facebook aku nak tau macamana nak kasi hilang title creator kat hujung nama aku kat facebook page tu, sbb benda tu mungkin buat orang ramai mesej aku; buat aku rasa cam abang besar pertubuhan pulak.

critical mass(dalam konteks aktiviti berbasikal) nih adalah perayaan yg biasanya di rayakan pada setiap hari jumaat terakhir setiap bulan dengan idea asasnya nak menunjukan bertapa tak friendly-nya jalanraya terhadap pengguna basikal dan untuk itu la kenapa mereka yg menyambutnya berbasikal di tengah jalan, so driver will see us... kerana mereka yg drive tak nampak atau tak mau peduli ngan kita yg gunakan basikal sehari-hari, berbasikal beramai-ramai juga buat kita rasa lebih selamat, kemungkinan kemalangan adalah hampir kepada sifar, kecuali berlanggar sesama sendiri which probably fun to laugh at!.... dan kerana sifatnya tanpa struktur, tiada ketua apatah lagi setiausaha, takde yuran pendaftaran atau registration, buatkan critical mass wujud tanpa single goal..... setiap yg datang punya harapan dan idea yg berbeza..... dan itu buatkannya indah. di kebanyakan negara, mereka berkeras yg critical mass ride bukan suatu demonstrasi, tapi patut di lihat sebagai perayaan dan perhimpunan yg spontan, bukan sebagai sebuah demonstrasi yg organise... dan point2 inilah yg sedikit menyukarkan pihak polis atau berkuasa untuk press charge.... well on what ground they want to charge us for? causing the traffic? tanpa kita pun jalan tu dah clogged with it... ibarat kita nak pegi lepak kat kedai makan abbas tapi perlu mintak permit.... kalau camtu, orang pegi sembahyang jumaat tu pun patut di lihat sebagai berdemonstrasi dan perlu apply permit!

bercakap tentang pendaftaran
aku tak tulis nama aku in that "black book" malam tu... perbuatan tu seolah aku mendaftarkan diri untuk menyertai aktiviti tu.... but aku memahami apa yg cuba dilakukan oleh orang yg unjurkan inisiatif tersebut dan apa yg aku katakan ini perlu dilihat sebagai pendapat, bukan kritikan yg berasaskan benci.... sebelum ini pernah cuba buat begitu, tapi lebih kepada mengumpul email2 dan nombor kontek orang yg datang, bukan nama. dan terlintas untuk buat begitu sbb bukan semua orang ada akses internet, mungkin hanya boleh di hubungi melalui telefon... dan bukan semua orang ada facebook, so harapannya boleh di hubungi melalui email.... tapi ia tak berlaku kerana berpendapat, ianya tak perlu hingga begitu..... bayangkan kalau aku kena sms 80 orang.... rabak beb! kalau lagi ramai camana?
satu perkara lagi, aku rasa in the future.... lepas ride mungkin kita boleh lepak2 kat tempat awam seperti tasik atau taman instead of lepak kat telawi, bangsar.... apa kata kita pergi serbu KK mart tapau apa nak minum n makan pastu lepak tasik perdana misalnya... lepak dalam bulatan and berbual pasal benda latest kat basikal kau(yg ni tak best...hahaha).... but the thing is aku rasa lagi best lepak kawasan lapang yg mana semua orang boleh berbual lebih selesa tanpa gangguan abang2 ambik order minum atau TV besar kat kedai makan.

bangsikal anyone?
timbul isu bangsa malam tu, mmg majoriti yg berbasikal malam tu melayu(or at least born and been damn with that). aku mmg takde kesedaran bangsa sudah agak lama dan mmg aku tak perasan benda ni... aku bertuah berkawan dengan orang yg tak ambik peduli dan tak pernah hirau ttg bangsa kawan mereka walau pun aku still ada kawan2 yg agak rasis sbb rasanya mereka ni kelakar kerana berpendirian begitu. namun ia sesuatu yg tak boleh di pandang kecil. malah dilihat dari sudut gender, ia nampak terlalu dikuasai lelaki. namun rasanya ia akan drag pada banyak perkara... the whole system of putting people in their set/group thing, ibu bapa, pendidikan, masyarakat tempat individu tu di besarkan dan banyak lagi. macam yg aku cakap kat atas.... they put me up in malay, male group.... dan ia dah jadi macam sumpahan, pada rupa muka, pada warna kulit, pada loghat bicara hinggga pada kad pengenalan.... aku tak pernah nak semua ni.... tapi aku dah lama tutup mata yg tu....dan buka mata yg lain, melihat semua orang dalam satu rupa yg sama dibezakan oleh keunikan ciri rupa fizikal/pengenalan..... aku seorang yg tinggi lampai-kurus-suka berseluar pendek comot kena cat-naik basikal kaler silver-suka conteng dinding tulis nama sendiri...dan korang boleh panggil aku rat atau kadang2 di panggil juga red/rap/lap/let... terpulang..... tubuh aku masih boleh respon dgn yg itu... asal selesa dek lidah korang.....
ermmmm.... bercakap ttg racism mmg tak semudah aku punya analogi.
mungkin aku melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut kadang2 tu sampai terkeluar analogi di atas.... aku bukan jenis orang yg sentiasa bermimpi besar.... atau mungkin ia boleh bermula dari angan2 kecik... aku tak terpikir sangat dengan berbasikal aku mampu topple down kompeni besar2 tu.... tapi melihat apa yg mampu diubah pada diri aku sendiri dengan berbasikal ni.

and again malam tu aku di tanya lagi apsal kau suka ride belakang?
ok, ni mungkin bunyinya poyo, tapi aku harap korang lihat dari sudut lain, malah dunia basikal evolve macam monyet jugak..... ada banyak yg aku tak tau pasal basikal yg korang semua tahu..... dan aku tak pernah segan untuk ambil tahu/belajar semua tu dari korang even kalau korang baru sehari naik basikal......., ini lebih kurang jawapan pada persoalan yg tak pernah aku jawab, biasanya bila orang tanya aku soalan ni, aku just senyum....
dah lebih 25 tahun aku berbasikal, biasanya sorang2 ataupun dalam jumlah yg kecil.... dan yg aku nampak depan aku setiap kali berbasikal; kereta~motor~bas~mayat orang mati eksiden~truck~lori simen~basikal strangers yg laju sgt dan tak terkejar dek aku.... dan itu yg aku nak enjoy sgt2; berbasikal sambil melihat lautan basikal yg lain bergerak depan aku... im not riding alone!

You never RIDE alone!
when you ride through the storm
hold your head up high
and don't be afraid of the dark
at the end of the storm
there's a golden sky
and the sweet silver song of the lark

ride on, through the wind
ride on, through the rain
though your dreams be tossed and blown
ride on, ride on, with hope in your heart
and you'll never ride alone
you'll never ride alone

ride on, ride on, with hope in your heart
and you'll never ride alone
you'll never ride alone

*lirik lagu ni best di baca kalau korang bukak link ni sekali...
http://kids.niehs.nih.gov/lyrics/walkalone.htm

3 comments:

  1. satu cerita yang menarik dari kau rat yang pendiam:)..saya meminati apa yang anda tuangkan dalam cerita ini..harap2 satu hari nanti kita dapat berbasikal bersama lagi k..

    luv n hug
    gapur

    ReplyDelete
  2. aku suka part lepak2 kat tempat lapang after ride....sharing the exhausted............................................
    .............. n aku hormati pandangan peribadi ko.

    ReplyDelete