Jul 12, 2011

warnakan


gariskan titik-titik keikhlasan
    pada luasnya hamparan tar
warnakan calit-calit kebangkitan
    pada hitam asap berkepulan
taburkan serdak-serdak keramaian
    pada gelombang semak bunyian

setiap detik jantung mu
setiap beban kayuh mu
setiap bahang dakian mu
setiap penat lelah mu
setiap tunduk terik mu

warnakan;
dunia pasti hilang pudarnya.

No comments:

Post a Comment