Mar 29, 2011

kayuh terus/ride on part II

Tapi kadang2 aku lagi rela ride sorang2, sebab.....
Aku terbaca di discussion board facebook critical mass kl, yg pikir dia paham pasal critical mass tapi sebenarnya tak pun ramai kat discussion tu..... awal diskusi je dah terbaca satu komen "jaga nama baik fixie". haha.
aku nak pendekkan tulisan aku, so malas aku nak ulas statement tu. tapi kritikal mass adalah perayaan untuk segala macam pengangkutan tanpa enjin..... bukan semata fixed gear. disini bukan sahaja jelas dia tak tau apa tu kritikal mass.... dia tak tau apa itu "basikal" atau kenderaan tanpa enjin. And then datang pulak lagi idea registration and permit.... macamana nak buat event fixed gear(fixed gear lagi), bayar polis and DBKL. Ada pulak lepas tu cakap kalau buat hari lain, pagi sabtu contohnya.... dah bukan critical mass......... but at the end of the discussion at least till around 1:30 pm tuesday..... ia mula nampak satu perbincangan bijak.....hampir.... semua berdiskusi di internet, maka senang untuk research di internet pasal critical mass.

pertama... ianya perayaan..... bukan group/organisasi.... critical mass ride bukan suatu demonstrasi, tapi patut di lihat sebagai perayaan dan perhimpunan yg spontan, bukan sebagai sebuah demonstrasi yg organise.... oleh sebab ia bukan demonstrasi yg terorganise dan bukan lah satu organisasi... ia tidak punya struktur, ketua, marshall. dan apa2 lagi je term2 brkonvoi yg korang cadangkan..... ia mengajar kau untuk lebih responsible.... bertanggungjawab terhadap apa yg kau buat dalam berkumpulan...ia ajar kau berkerjasama dengan berbagai orang dengan berbagai jenis basikal atau kenderaan tanpa enjin lain(not just fixed gear) dalam memastikan semua bergerak dalm keadaan selamat.... jadi ketua dalam diri sendiri di mana kau ajar diri kau respek, toleransi, independen dan tanggungjawab..... then you need no leader or marshall.
jadi dengan melihat critical mass sebagai perayaan dah menjawab banyak persoalan korang.... perayaan perlu permit? kau perlu permit nak beraya kat rumah kawan kau.... kau perlu permit nak pegi tgk bola kat stevan corner(ni juga satu bentuk perayaan)? persoalannya (kalau betul nak di persoalkan) ialah kenapa perlu permit? .....kita masih guna pakai undang2 darurat?..... kita komunis? hahaha. dengan melihat ia dengan cara ini juga menjawab bahawa tidak perlu pendaftaran/ tak perlu rakan muda.

kedua, asasnya ia untuk menunjukkan pada pengguna kenderaan yg lain bahwa pengguna seperti kita juga punya hak di atas jalanraya yg mana selama ini hak kita di ketepikan dan nak tunjuk pada mereka bahawa berbasikal(dan yg berkenaan) adalah satu kenderaan alternatif di bandar atau di mana2.... tapi itu cuma ASAS ideanya, kerana sifatnya tanpa struktur, tiada ketua apatah lagi setiausaha, takde yuran pendaftaran atau registration, buatkan critical mass wujud tanpa single goal..... setiap yg datang punya harapan dan idea yg berbeza..... dan itu buatkannya indah. tapi walau yg datang dengan idea berbeza, adalah berlawanan dengan idea asas kalau korang datang macam gangster..... macamana nak educate orang tentang budaya basikal kalau kau sepak terajang kereta dorang (kecuali kalau pemandu kereta nak pukul kau, wajib self defense)..... kalau aku perjalan kaki kat BB malam tu, aku pun benci dengan pengguna basikal sebab ada masser malam tu yg tunjuk middle finger(boston salute) kat orang2 tepi jalan tu. yang memisah kan kita dengan pengguna kenderaan berenjin ada lah kenderaan mereka..... tapi kita dan mereka/pemandu tu sama je.... macam yg aku cakap malam tu.... tak perlu nak resolve things dengan violence. ambil kejadiaan di brazil, 11 orang dihantar ke hospital.... pemandu cabut lari dan serah diri keesokan harinya. dia beri alasan bahawa pengguna basikal provoke dengan cuba pecahkan kereta dia dan berita macam ni lah yg di laporkan media di sana walau saksi dan rakaman video menyatakan sebaliknya..... poin aku adalah.... inilah perkara2 yg akan di jadikan alasan oleh mereka2 ini untuk menidakkan hak2 pengguna basikal.

berkenaan critical mass 'terpesong' kalau tukar hari lain (again, menunjukkan korang tak tau pasal idea critical mass) di KL ia pertama kali di sambut pada petang Jumaat, pukul 6 pada julai tahun 2007... pernah di sambut pada hari sabtu dan ahad petang dan juga kadang2 pagi. pernah juga sambutan berakhir dengan piknik.... dengan kata lain tapau makanan dalam beg, kayuh beramai-ramai untuk lepak di sesuatu tempat seperti yg lepas pernah ke Sungai Kemensah, Tasik Perdana dan banyak lagi.... kadang2 critical mass disambut tanpa ride beramai-ramai.... tapi berkumpul di tasik perdana(mengambil contoh event lepas) dan anjur workshop ttg penjagaan basikal/cara selamat berbasikal di bandar dan berkongsi pengalaman berbasikal masing2..... sama juga critical mass di luar... ada piknik.... ada musik dan macam2.

dan akhir sekali..... critical mass pernah di label sebagai kelompok hipster dn elitist oleh "kawan-kawan".... sampaikan aku hampir bertekak teruk ngan kawan2 aku yg lain pasal satu gambar hipster kat facebook..... do you people do understand hipster.... the origin of that term.... dan apa hipster tu dalam konteks sekarang.... walau aku tak kisah di label hipster.... dan aku tak kisah korang hipster.... biarla yg berotak.....yg boleh paham dan adapt idea berbasikal beramai2 dan pada masa yg sama bertanggungjawab.
so, tak kisah la korang bawak fixed gear, city bike, folding, road bike, bmx, mtb atau basikal bangla(ini satu term racist dan bodoh).... you never ride alone..... kalau korang pernah baca tulisan ni part one..... korang tau2 je la soundtrack untuk penulisan ini... kayuh terus!

Sebati-kan.


Goyah urat mengintai suria
sikit lagi, kata kaki
sikit lagi, kata hati
sikit lagi hari ke matahari.


Usah henti, kayuh sampai mati.


Mar 2, 2011

March Critical Mass







RSVP on our Facebook event page :)

Feb 24, 2011

We Are Traffic! (1999)



We Are Traffic! tracks this leaderless, grassroots movement from its beginnings in San Francisco in 1992 to its spread across the globe. With a radical direct-action approach the participants of Critical Mass are celebrating the bicycle and in turn taking on perhaps the century's most sacred cow: the automobile.


We Are Traffic! investigates vibrant examples of transportation-related art created and displayed in public places, focusing on the work of mural artist Rigo, whose bold traffic-sign motifs ask questions instead of give commands. Also highlighted is the work of other Critical Mass-associated artists including Jim Swanson, Beth Verdekal, and the mysterious "San Francisco Department of Public Art".

Feb 17, 2011

February Critical Mass





bagi yang terlambat boleh kayuh ke mana-mana checkpoints dibawah...


and the map..

Klik pada map untuk saiz yg lebih besar.

Jan 27, 2011

Berbasikal ke tempat kerja di Jakarta



Terjumpa laporan ini di website Al-Jazeera (klik ntuk ke laman tersebut)

"Trend berbasikal ini telah meningkat dengan dasyat sekali, kami berharap, kita boleh mengubah trend ini kepada gaya hidup untuk orang2 di bandar" - Co-founder Bike to Work Community di Jakarta

Jan 17, 2011

Sehari selepas ride massa kritikal, akan ada screening bertajuk Tokyo To Osaka anjuran rakan2 bertempat seperti yg tertera di poster atas nih..... klik gambar kalau nak tengok dengan jelas alamatnya.

do come with your own snack.